KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau dan tiga lagi atas dakwaan melakukan pendakwaan berniat jahat.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa kes itu akan menjalani perbicaraan penuh selama tujuh hari iaitu dari 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.
Beliau turut menetapkan 11 Sept ini bagi pengurusan kes.
Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir ketika ditemui Bernama selepas prosiding dalam kamar.
Pada Disember lepas, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memfailkan saman menamakan Thomas, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.
Saman itu adalah berkaitan sekeping cek RM1 juta yang diterima Shahrir daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan kerja-kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.
Thomas, yang menjadi AG dari 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020, dalam afidavitnya telah menafikan dakwaan Shahrir terhadap beliau termasuk salah guna kuasa dan menyifatkan ia sebagai "tidak boleh dipertahan."
Beliau berkata budi bicara sama ada untuk mendakwa hanya boleh dilaksana selepas Pendakwa Raya menerima kertas siasatan daripada agensi penyiasat seperti SPRM.
Thomas berkata beliau telah meletak jawatan pada 28 Feb 2020 dan pada 26 Julai 2022, perbicaraan jenayah Shahrir bagi pertuduhan itu bermula.
Pada 5 Jan 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytihar pendapatan sebanyak RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa ia tidak berhasrat untuk meneruskan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Thomas dalam afidavitnya telah menafikan dakwaan Shahrir terhadap beliau termasuk salah guna kuasa dan menyifatkan ia sebagai "tidak boleh dipertahan." - Gambar fail/Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.

Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati
Anggota penguat kuasa disaran menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP.

Pihak berkuasa diarah guna budi bicara benar penduduk rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Menerusi pelaksanaan PKP, kerajaan melarang aktiviti merentas negeri dan pergerakan penduduk hanya dalam radius 10km.

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bilangan kompaun rendah kerana polis guna budi bicara - Ismail Sabri
Bagaimanapun bilangan kompaun yang dikeluarkan di seluruh negara tidak terlalu tinggi disebabkan polis banyak menggunakan budi bicara.

SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal
Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.

Anggap rumah sebagai 'kubu' daripada ancaman COVID19 - KPN
Orang ramai dinasihat tidak mengambil kesempatan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih lagi menggunakan budi bicara dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.

Hakam sambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara
Lim Wei Jiet dalam satu kenyataan berkata Seksyen 13 SOSMA adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ia mengenepikan kuasa kehakiman pihak mahkamah.

Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan
Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.