KUALA TERENGGANU: Sesiapa sahaja yang melewati Masjid Losong Haji Mohd yang terletak di pinggir bandar raya Kuala Terengganu pasti tidak menyangka di dalamnya terdapat sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus.
Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata selain pada bahagian hulu tongkat tersebut, tulang ikan yu paus dijadikan sebagai sebahagian daripada 99 gelung kecil berbentuk segi lapan dan ia disarungkan pada tongkat kayu sepanjang lebih kurang 1.5 meter itu.
"Sebahagian gelung kecil yang menyerupai cincin itu diperbuat daripada tulang ikan yu paus yang disusun berselang-seli dengan spesies kayu keras. Pada permukaan luar setiap gelung kecil itu pula dihiasi dengan ukiran bermotifkan geometrik," katanya kepada Bernama di masjid itu yang terletak di Kampung Losong Haji Mohd di sini baru-baru ini.
Beliau berkata pada permukaan setiap ukiran tersebut juga ditampalkan kulit tiram dengan menggunakan teknik 'inlay' (tebuk, tampal dan gosok) yang mana penggunaan kulit hidupan laut itu turut ditemukan pada barangan perhiasan dari India dan Pakistan.
Dalam pada itu katanya, terdapat ukiran aksara Arab yang tertulis 1312 Hijrah pada hulu tongkat khutbah tersebut dan apabila ditukar pada tahun masihi ia bersamaan dengan 1895 Masihi, yang diyakini merupakan tahun pembuatan tongkat itu.
Katanya, usia tongkat khutbah itu juga seiring dengan usia pembinaan Masjid Losong Haji Mohd yang sedia ada kini iaitu sekitar penghujung 1890-an. Masjid tersebut dibina baharu kira-kira 50 meter dari tapak masjid lama.
Sebelum ini, Bernama melaporkan mengenai penemuan sebuah mimbar berusia 211 tahun yang terdapat di dalam ruangan solat masjid tersebut oleh Harleny.
"Lazimnya, usia binaan sesebuah masjid bersama mimbar dan tongkat khutbahnya adalah seiring. Namun yang menariknya mengenai Masjid Losong Haji Mohd ini, usia mimbarnya (lebih 200 tahun) berselisih lebih 80 tahun daripada usia tongkat khutbah (lebih 120 tahun).
"Mimbar tersebut telah dipindahkan dari tapak masjid yang asal ke masjid sekarang, manakala pembuatan tongkat khutbah pula dihasilkan kemudiannya dan ia selari dengan usia seni bina masjid baharu," katanya.
Harleny berkata antara faktor kemungkinan tulang ikan yu paus digunakan pada pembuatan tongkat khutbah itu adalah kerana sejak dahulu lagi perairan tanah air telah menjadi lokasi laluan dan persinggahan spesies ikan itu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif UPSI Drs Izani Mat Il yang turut sama menjalankan kajian terhadap tongkat khutbah itu berkata tulang ikan yu paus yang digunakan adalah daripada bahagian sirip.
Hal ini kerana jisim tulang ikan pada bahagian sirip lebih mampat berbanding bahagian tulang lain dan ia kebiasaannya digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk penghasilan kraftangan, katanya.
"Tulang ikan ini hampir menyerupai gading gajah, tetapi lokasi penemuan itu (tongkat khutbah) berdekatan dengan kawasan pantai jadi agak mustahil sekiranya ia gading gajah. Dan agak jarang kraftangan diperbuat daripada gading gajah kerana amat mahal dan jarang didapati kecuali di kawasan pergunungan," katanya.
Beliau menambah ikan yu paus yang sering dijumpai di Laut China Selatan itu merupakan spesies hampir pupus dan kehadirannya yang berhijrah secara bermusim, kini sentiasa dinantikan golongan penyelam terutama di perairan Tanjung Datu, Sarawak dan perairan Temajuk di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan masyarakat pada zaman dahulu menghasilkan kraftangan daripada sumber alam semula jadi yang terdapat di sekeliling mereka, seperti tongkat khutbah itu yang mungkin dihasilkan oleh golongan nelayan yang tinggal di pesisir pantai selepas menjumpai tulang ikan yu paus tersebut.
Dalam pada itu, Izani berkata beliau percaya tongkat khutbah tersebut telah dihasilkan dengan penuh teliti sehingga membolehkan keindahan dan keutuhannya kekal terpelihara sampai ke hari ini.
"Pada zaman dahulu kalau berkait dengan institusi raja atau pusat ibadat, sesuatu benda itu akan dihasilkan dengan sepenuh jiwa. Begitu juga kita tengok masjid-masjid lama yang kekal hingga hari ini kerana orang-orang dahulu akan pilih kayu dan teknik terbaik untuk membina masjid. Begitu juga dengan tongkat khutbah ini yang dibuat dengan penuh teliti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Losong Haji Mohd, Mohd Muda berkata tongkat khutbah daripada tulang ikan yu paus itu telah sekian lama diketahui penduduk setempat dan kisahnya diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.
"Sebelum ini saya dengar daripada orang-orang terdahulu sahaja bahawa tongkat ini dibuat daripada tulang ikan yu paus. Sejak sekian lama, ini kali pertama ada golongan penyelidik yang datang ke masjid buat kajian terhadap tongkat ini," katanya sambil memberitahu tongkat tersebut masih digunakan hingga ke hari ini.
Mohd berkata beliau bersama ahli jawatankuasa masjid akan menjaga tongkat khutbah itu agar ia sentiasa terpelihara untuk menjadi kegunaan dan kebanggaan generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Harleny menunjukkan sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus ketika ditemui di Masjid Losong Haji Mohd, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.
Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah
Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai pagi tadi.
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.