KUALA LUMPUR: Peguam Top Glove Corp Bhd di Amerika Syarikat (AS) dalam proses perbincangan dengan wakil Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS untuk mendapatkan penjelasan mengenai larangan import terkini yang dikeluarkan CBP terhadap semua sarung tangan pakai buang dari kilang Top Glove di Malaysia.
CBP pada Isnin mengarahkan kakitangannya di kesemua pintu masuk pelabuhan AS untuk memulakan rampasan sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan Top Glove berikutan pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu dipercayai menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan sarung tangan pakai buang.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove berkata pada masa ini, syarikat itu tidak dapat memastikan jumlah impak kewangan dan operasi akibat rampasan barangan itu.
"Syarikat ini akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menangani isu ini (buruh paksa) dan akan membuat pengumuman sewajarnya yang diperlukan apabila ada perkembangan selanjutnya," katanya.
BACA: CBP AS dakwa produk sarung tangan tertentu Top Glove dihasilkan buruh paksa
Pada Julai tahun lepas, CBP mengeluarkan perintah melarang import daripada dua anak syarikat Top Glove kerana disyaki menyalahgunakan tenaga buruh.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah menghantar laporan yang disediakan perunding antarabangsa bebas yang dilantik untuk menilai amalan perdagangan dan buruh syarikat itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2021, perunding bebas itu melaporkan perkembangan selanjutnya dan mendapati sehingga Januari 2021, tiada buruh paksa sistemik dalam kumpulan itu.
Pada rehat tengah hari, saham Top Glove susut 4.36 peratus kepada RM4.83 dengan 40.44 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove berkata pada masa ini, syarikat itu tidak dapat memastikan jumlah impak kewangan dan operasi akibat rampasan barangan itu. - Gambar fail/ Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Top Glove sedia tangani lonjakan pesanan di AS susulan tarif import sarung tangan China
Ia susulan tindakan negara Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import sarung tangan getah China pada Januari 2025.

Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.62 mata atau 0.78 peratus kepada 1,611.94 daripada 1,624.56 ketika ditutup pada Isnin.

Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran

Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.

Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.

Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.

Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.

Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.