KUALA TERENGGANU: Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.
Tertuduh, Mohd Asmadi Mat Min, 44, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin selepas mengaku salah dihadapan Hakim Nooriah Osman mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK).
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Mohd Safwan Samsuddin, 31, menggunakan pisau pemotong daging di hadapan rumah di Marang jam 1.40 petang pada 9 Februari lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berada di rumah ibu mentuanya cuba menghalang tertuduh yang sedang mengamuk sambil memegang sebilah pisau.
Tindakan itu menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri dan tangan kiri selepas terkena pisau yang di pegang tertuduh.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 324 KK, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan hukuman ke atas tertuduh berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 Februari lalu.
Pendakwaan bagi kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sinar Harian
Mon Mar 08 2021
Mahkamah menetapkan hukuman ke atas tertuduh berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 Februari lalu. - Foto Sinar Harian
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Parlimen Greece gagal pilih presiden baharu dalam undian pusingan kedua
Tiada calon memperoleh majoriti yang diperlukan. Pusingan seterusnya bagi pemilihan Presiden Republik akan diadakan pada 6 Februari.
AWANI 7:45 [31/1/2025] – Jaminan PM | Tukang rumah dipenjara | Seludup dadah di KLIA | Pemulihan berbelas tahun
- PM beri jaminan siasatan kes tembak warga Indonesia di Banting telus
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Toreh muka adik ipar dengan pisau pemotong daging, penganggur dipenjara tujuh tahun
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Mohd Safwan Samsuddin, 31, menggunakan pisau pemotong daging.