KUALA LUMPUR: Selaras dengan pelaksanaan perintah pergerakan penuh berkuat kuasa esok sehingga 14 Jun, pihak berkuasa agama beberapa negeri telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) solat fardhu dan Jumaat di masjid dan surau masing-masing.
Dengan tujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan bagi mengelak masjid dan surau menjadi lokasi berisiko pencetus kluster, rata-rata SOP yang dikeluarkan hanya membenarkan bilangan jemaah solat yang sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan.
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata bagi solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau Jumaat, hanya12 orang jemaah dibenarkan terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.
"Solat fardu juga dibenarkan di semua surau dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja yang terdiri dari imam, bilal dan noja atau AJK dengan penjarakan 1.5 meter,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Ajib berkata pengurusan jenazah yang bukan pesakit COVID-19 tidak dibenarkan di masjid dan surau kecuali dengan kelulusan khas.
Katanya kelulusan tersebut tertakluk kepada jurumandi dan lima petugas, manakala solat jenazah pula tidak melebihi 12 orang termasuk ahli keluarga terdekat.
"Bagi urusan pengebumian jenazah juga tidak boleh dihadiri lebih 12 orang termasuk ahli keluarga terdekat," katanya.
Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah solat fardhu dan solat Jumaat dibenarkan dengan bilangan jemaah terhad 12 orang sahaja termasuk imam daripada kalangan pegawai masjid atau surau dan jawatankuasa kariah.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata bagi solat jenazah, lokasi solat bagi jenazah yang meninggal dunia di hospital, hendaklah berpandukan nasihat pihak hospital atau pegawai kesihatan.
"Tempat mengadakan solat bagi jenazah yang meninggal dunia di rumah, tertakluk kepada pilihan ahli keluarga sama ada diadakan di rumah, surau atau masjid. Bilangan jemaah mendirikan solat jenazah, maksimum 12 orang (termasuk imam)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya program pengimarahan di masjid dan surau ditangguhkan selain aktiviti pengurusan pula dilaksanakan secara maya dan dalam talian.
Di PULAU PINANG, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu di semua masjid dan surau di negeri itu dengan kadar bilangan jemaah tidak melebihi 15 orang.
Pengarahnya Mohd Zakuan Zakaria berkata ia juga perlu mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.
"Jemaah yang hadir hendaklah berstatus warga negara dan pemastautin tetap yang berusia 15 hingga 70 tahun sahaja dan kaedah pemilihan jemaah juga ditentukan oleh jawatankuasa kariah masjid atau surau Jumaat dengan mengambil kira lokaliti setempat dan penggiliran dalam sesuatu kariah.
Bagi tujuan pengebumian pula, ia tidak melebihi jumlah yang sama, namun aktiviti ziarah kubur selepas urusan pengebumian adalah tidak dibenarkan.
Masjid atau surau juga hendaklah menyediakan ruang solat musafir khusus yang bertanda di kawasan balai lintang atau di ruang tertentu untuk kemudahan pekerja e-hailing dengan penggunaan ruang tersebut hanya dibuka selama sejam selepas masuk waktu solat fardhu.
Katanya semua aktiviti pengimarahan dan sosial seperti ceramah, kelas pengajian, akad nikah, bacaan yassin, tahlil dan program gotong royong secara bersemuka ditangguhkan dan hanya aktiviti ceramah serta kuliah dalam talian sahaja dibenarkan.
Sementara di KEDAH, semua program keagamaan dan majlis ilmu serta aktiviti sosial dan kemasyarakatan tidak dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri bermula esok.
Exco Agama negeri Datuk Najmi Ahmad bagaimanapun berkata solat fardu berjemaah di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 12 orang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau sahaja selain 13 orang untuk solat Jumaat.
Bagi upacara pernikahan (akad nikah) di negeri itu, Najmi berkata ia dibenarkan mengikut ketetapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan dilaksanakan di pejabat agama daerah dengan SOP yang ketat dan hanya boleh dihadiri oleh pihak-pihak berkaitan tidak melebihi lapan orang sahaja.
Di KELANTAN, SOP lebih ketat dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) apabila hanya membenarkan solat fardu bagi masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musolla seluruh negeri dengan empat orang sahaja.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya diperlukan dalam melaksanakan ketetapan ini.
Di TERENGGANU, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memaklumkan solat Jumaat, pengurusan dan solat jenazah serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri itu adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.
Yang Dipertuanya Datuk Osman Muda berkata solat Jumaat akan digantikan dengan solat fardhu zohor dengan kehadiran jemaah seramai 12 orang sahaja terdiri dari pegawai masjid dan ahli jawatankuasa yang lain dan kebenaran sama bagi solat fardhu, selain bukan warganegara dilarang hadir ke surau atau masjid dalam tempoh itu.
"Selain itu, upacara akad nikah pula boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Daerah dengan kehadiran seramai lapan orang sahaja termasuk wali dan jurunikah," katanya.
Bagi kawasan yang dilaksanakan PKPD pula, beliau berkata solat fardhu berjemaah di masjid dan surau adalah dibenarkan dengan bilangan jemaah maksimum lima orang sahaja melibatkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021
Rata-rata SOP yang dikeluarkan hanya membenarkan bilangan jemaah solat yang sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi
MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.
Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China yang melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes postif COVID-19 dikesan bandar raya itu.
Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.
'Lockdown' bukan penyelesaian kepada Omicron - WHO
Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu COVID-19, Omicron..
COVID-19: Najib cadang 'circuit breaker' di negeri catat peningkatan kes
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima dan tujuh hari sekiranya kes COVID-19 meningkat semula.
Kestabilan pasaran buruh pada Q1 2021 dijangka berterusan ke Q2 2021
Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8% untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.
Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Dhabitah menamatkan final acara tiga meter papan anjal individu wanita di Tokyo Aquatics Centre di kedudukan keempat.
Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.
Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
Bermula 1 Jun 2021 sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.