SHAH ALAM: Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Isnin depan terbuka kepada orang ramai.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program baharu yang bermula jam 8.30 malam itu akan berlangsung secara langsung di Dewan Kompleks Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
“Ia merupakan satu program terbaharu yang akan diperkenalkan oleh Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.
“Sinar Harian (mahu) menjadi platform untuk rakyat (mengenali) lebih dekat dengan memberi ruang bertanya secara terus kepada menteri.
“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai pada 6 Mac depan untuk menanyakan soalan dan mendengar pandangan dan pendapat dari menteri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Justin turut berpendapat, Town Hall Rakyat itu boleh terus dijadikan salah satu program tetap untuk tahun ini kerana ia bersesuaian dan bertepatan pada masa kini.
Ujarnya, program tersebut membawa konsep melibatkan orang ramai di mana pandangan serta pendapat menteri dapat didengar dengan lebih terperinci oleh rakyat.
“Jadi, saya rasa kita (Sinar Harian) adalah antara satu-satu media tempatan menganjurkan konsep town hall seperti ini.
“Secara tak langsung, ia akan menjadi satu program baharu yang akan dikeluarkan oleh Sinar Harian dan akan diteruskan selagi mana ia mendapat sambutan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, jelasnya, pemilihan pelakon, Azhar Sulaiman sebagai hos program Town Hall Rakyat adalah tepat berdasarkan latar belakang yang baik dari segi kerjaya dan pendidikan dan turut disegani.
“Selain itu, beliau juga merupakan influencer atau pempengaruh secara tak langsung ‘pandai memikat atau menambat hati’ orang ramai.
“Bagi saya, pemilihan Azhar itu amat bertepatan kerana beliau juga mempunyai peminat daripada pelbagai golongan masyarakat.
“Jadi, Azhar boleh jadi pengantara terbaik antara rakyat dan juga Fahmi Fadzil,” ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Mar 03 2023

Nik Justin Nik Mohd Ariffin (gambar kecil) berkata, Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Isnin depan terbuka kepada orang ramai. - Gambar SINAR HARIAN
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

'Saya tidak mahu jadi menteri munafik' - Salahuddin
Salahuddin tidak menafikan bahawa wujud kartel yang terdiri daripada pembekal terlibat dengan isu ketirisan minyak masak bersubsidi.

Rakyat berpeluang lapor aduan terus
Pada 2022, MCMC telah menyelesaikan sejumlah 140,050 iaitu 96 peratus daripada aduan yang diterima.

Town Hall Rakyat bersama Fahmi Fadzil terbuka kepada semua
Town Hall Rakyat itu merupakan program terbaharu Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.