KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.
"Sempena Hari Bapa yang disambut pada 16 Jun tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk setiap insan bergelar bapa, ayah, abah, baba, papa, walid, abi, appa, apak, daddy atau apa sahaja gelaran yang digunakan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.
"Insan hebat ini hanya mahukan keluarganya dilindungi, hidup bahagia dan sempurna walaupun dirinya terpaksa berkorban jiwa raga. Seperti juga ibu, kasih sayang setiap bapa tanpa syarat, pengorbanan mereka tanpa batas," katanya dalam catatan di Facebook.
Hari Bapa disambut bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
"Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada kedua orang tua kita, sama ada ketika hayat mereka mahupun setelah mereka tiada. Selamat Hari Bapa. Terima kasih Ayah," kata Fadillah.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan Selamat Hari Bapa termasuk kepada Allahyarham bapanya Raden Hamidi Raden Abdul Fateh.
"Buat yang masih mempunyai bapa, sayangi dan hargailah mereka selagi masih ada. Setiap detik bersama mereka adalah anugerah yang tidak ternilai.
"Sentiasalah berdoa agar bapa anda semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati hidupnya. Ingatlah bahawa kasih sayang dan perhatian kita adalah kebahagiaan mereka yang paling utama," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengajak mereka yang sudah kehilangan bapa, mendoakan agar roh bapa mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para solihin.
"Ingatlah bahawa di sebalik kasih seorang ibu, terdapat perjuangan seorang insan bergelar bapa. Setiap pengorbanan dan kasih sayang mereka akan terus hidup dalam kenangan dan doa kita.
"Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar abah, ayah, papa, daddy, walid, abi atau apa jua panggilan buat seorang bapa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Timbalan Perdana Menteri Fadillah mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Hari Bapa: Putera William mahu anak faham isu gelandangan
Putera Wales berusia 41 tahun itu mendedahkan bahawa beliau cuba membantu anak-anaknya memahami gelandangan dan situasi mereka.

Usaha gigih lelaki OKU fizikal untuk sara keluarga
"Tiada apa yang mustahil sebenarnya di dunia ini. Yang perlu semangat, azam serta usaha gigih. Jangan lupa berdoa semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita."

Akses percuma 24 jam buat pelanggan Astro sempena Hari Ibu Bapa
Astro tawar tayangan percuma bagi saluran terpilih pada 10 hingga 12 Mei dan 14 hingga 6 Jun sempena sambutan Hari Ibu Bapa

Piala Dunia, Ramadan, Suarez & Transformers 4, carian tertinggi Google Jun 2014
Ringkasan 10 carian google tertinggi bagi Jun 2014.