KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri dan menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya.
Mohammed Hanif yang merupakan Ketua Polis Negara keempat menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor akibat sakit buah pinggang.
Allahyarham merupakan individu paling lama menjawat jawatan tertinggi pasukan Sang Saka Biru itu, iaitu dari Jun 1974 hingga Januari 1994 selepas dilantik pada usia 35 tahun, yang menyaksikan beliau individu paling muda mengetuai pasukan itu.
Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara adalah sangat besar dan sungguh bernilai.
"Marilah kita sama-sama doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan dan ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman," katanya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian Mohammed Hanif menerusi ciapan di platform X hari ini.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah," kata Fahmi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu juga antara yang memuat naik hantaran di akaun Facebook bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Mereka mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi ciapan di platform X mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, selain turut berkongsi jasa Mohammed Hanif terhadap organisasi terlibat.
"Allahyarham pernah menjawat jawatan-jawatan penting dalam liputan sejarah negara. Antara jawatan penting yang dipegang Allahyarham adalah Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang merupakan asas kepada penubuhan MKN pada 1969," menurut ciapan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Mereka mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.

TPM, menteri ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Timbalan Perdana Menteri dan menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi ini.

Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.

Tun Hanif kesal dengan 'gerakan' memburuk dan menghancurkan negara
Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyuarakan kesedihan terhadap 'gerakan' sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu-isu yang tidak timbul termasuk kedudukan raja-raja.