Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas pemergian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, malam ini.
Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.
"Dukacita terima berita isteri kepada IGP Tan Sri @Fuzi_Harun, Puan Sri Azizah Hamdi kembali ke Rahmatullah. Takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah. @PDRMsia," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi laman Twitter dan Facebook pada Jumaat.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini sebelum di bawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian pagi esok. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 15 2017

Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada Jumaat jam 7.02 malam. - Facebook/Azizah Hamdi
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPN rakam ucapan penghargaan, terima kasih
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melancarkan proses pengebumian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi.

Jenazah isteri Ketua Polis Negara disemadi bersebelahan kubur anak lelaki
Jenazah isteri kepada Ketua Polis Negara, Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam sekitar 10.20 pagi di Kampung Rapat Jaya,pagi ini.

PM Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara
Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya.

Jenazah isteri KPN disembahyang di surau IPK Selangor
Jenazah Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan pagi esok.

TPM ucap takziah atas pemergian isteri KPN
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas pemergian isterinya.

Isteri KPN meninggal dunia
Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 7.02 malam tadi.