KUALA LUMPUR: Sepuluh tahun berlalu, namun perasaan geram dan sedih masih tidak dapat dipadamkan apabila mengenangkan insan tersayang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah.
Haziq Wahiduzzaman Sabaruddin, 29, anak kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud berkata kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu sehingga meragut nyawa bapanya yang ketika itu ditugaskan dalam Op Daulat di Lahad Datu, sangat sukar untuk dipadamkan.
"Apabila saya diminta berdiri di hadapan anggota polis yang terbaring melakonkan kembali insiden itu, saya tidak pandang mata anggota itu dan terbayang arwah ayah dalam kepala.
"Saya tidak mahu menangis tapi lebih kepada rasa rindu, dan geram atas kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pantomim peristiwa tragis itu yang dilakonkan semula sempena Hari Polis hari ini.
Beliau berkata demikian semasa hadir ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Menyifatkan arwah ayahnya seorang yang tegas, Haziq Wahiduzzaman yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial berkata ayahnya juga seorang yang amat mementingkan pelajaran dan beliau sentiasa ingat pesanan terakhir arwah agar beliau dan adik-beradiknya belajar bersungguh-sungguh.
"Alhamdulillah, apa yang arwah ayah hendak (belajar hingga ke menara gading) telah tercapai, semalam adik bongsu saya telah melapor diri dan kini sedang menyambung ijazah sarjana di sebuah universiti.
Sepanjang saya membesar dengan ayah, dia seorang yang tegas dan kadang-kala kelakar, itu memang standard semua polis (perangai garang) sebab cara dia didik saya dan adik-beradik yang lain adalah berbeza," katanya.
Anak sulung Allahyarham ASP Zulkifli Mamat iaitu Mohd Norakmar Amiruddin Zulkifli, 15, pula berkata pada mulanya beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, namun kejadian tragis yang menimpa ayahnya ketika beliau berusia lima tahun membuatnya berubah fikiran untuk menjadi seorang anggota polis.
"Saya hendak mengikut jejak langkah ayah sebab saya hendak menyelamatkan orang baik seperti ayah saya...lawan orang jahat.
Perasaan saya apabila melihat pantomim Lahad Datu dilakonkan, saya teringatkan arwah ayah, sebak dan rindukan arwah," katanya.
Mohd Norakmar berkata sebelum Zulkifli ditugaskan menyertai Op Daulat, ayahnya memintanya menjaga ibu Noor Aziah Noor, serta adik-adiknya Noor Muhammad Aqil Zulkifli, 11, dan Noor Aqib Syahid Zulkifli, 10, yang ketika itu masih dalam kandungan ibunya.
Sementara itu, Noor Aziah, 38, berkata walaupun tragedi itu 10 tahun berlalu, beliau masih berasa sebak.
"Apabila menyaksikan pantomim dipersembahkan saya rasa bangga kerana pengorbanan arwah suami saya dihargai dan tidak dilupakan.
"Insya-Allah ada rezeki saya bagi kebenaran dan sokong anak saya untuk meneruskan legasi bapanya," kata guru sekolah itu.
Pantomim peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah itu hasil koreografi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.
Ia dijayakan oleh 86 pegawai dan anggota 69 Komando (VAT 69), Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am dan Muzium PDRM.
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
![Tragedi berdarah pengganas Sulu di Lahad Datu sukar dilupakan anak-anak wira terkorban Tragedi berdarah pengganas Sulu di Lahad Datu sukar dilupakan anak-anak wira terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679320678_AgongHariPoliske.jpg)
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni waris kepada wira-wira yang telah terkorban ketika peristiwa berdarah Lahad Datu 2013. - Bernama
![DBKL sita barang perniagaan di laluan awam DBKL sita barang perniagaan di laluan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739588795_dbkl.jpg)
DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587127_TBhangus.jpg)
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/81414309855_295x200.jpg)
ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu
Anggota keselamatan ESSCom sedang memantau dengan rapi dan meneliti maklumat yang diterima berhubung kemungkinan ancaman itu.
![Keselamatan Sabah terjamin, ancaman pengganas dihapuskan Keselamatan Sabah terjamin, ancaman pengganas dihapuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360335438_295x200.jpg)
Keselamatan Sabah terjamin, ancaman pengganas dihapuskan
Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.
![Polis kumpul bukti untuk heret dalang pencerobohan ke mahkamah Polis kumpul bukti untuk heret dalang pencerobohan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362994511_295x200.jpg)
Polis kumpul bukti untuk heret dalang pencerobohan ke mahkamah
Polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.
![Laporan penuh petugas Awani di Lahad Datu Laporan penuh petugas Awani di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365671185_120x90.jpg)
Laporan penuh petugas Awani di Lahad Datu
Himpunan laporan penuh sepanjang petugas Astro Awani, Wan Syamsul Amly di Lahad Datu sepanjang insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
![Datuk Seri ditahan berhubung Kesultanan Sulu Datuk Seri ditahan berhubung Kesultanan Sulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365056098_295x200.jpg)
"Datuk Seri" ditahan berhubung Kesultanan Sulu
Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L.Karl yang dikehendaki polis untuk siasatan berhubung kaitannya dengan pihak Kesultanan Sulu, telah ditahan semalam.
![Persidangan ESSCOM platform rakyat dapat maklumat tepat Persidangan ESSCOM platform rakyat dapat maklumat tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71364832596_295x200.jpg)
Persidangan ESSCOM platform rakyat dapat maklumat tepat
Persidangan Transformasi Politik mengenai Keselamatan dan Zon Selamat Timur Sabah sebagai platform untuk rakyat mendapatkan maklumat tepat.
![Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51364825607_295x200.jpg)
Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa
Anggota polis antara yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
![Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362994511_295x200.jpg)
Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah
Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dihadapkan ke mahkamah adalah 16 orang.
![Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362886012_295x200.jpg)
Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan
Pasukan keselamatan telah mengeluarkan satu mayat pengganas di Tanjung Batu pada jam 11 pagi tadi.
![Perkembangan Ops Daulat Hari ke-23 Perkembangan Ops Daulat Hari ke-23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61364402088_295x200.jpg)
Perkembangan Ops Daulat Hari ke-23
Tiada sebarang pertumpahan darah berlaku sepangjang hari ini namun pada sebelah paginya, anggota keselamatan telah terserempak dengan tiga orang pengganas Sulu yang berkeliaran di Sungai Bilis.