KUALA LUMPUR: Sabah Air, syarikat pengendali pesawat Nomad N-22B yang terhempas dalam tragedi Double Six pada 6 Jun 1975 didapati beroperasi secara tidak sah, menurut laporan tribunal Australia.
Kerajaan Australia pada Rabu mendedahkan laporan hasil siasatan oleh pasukan yang terdiri daripada pengeluar pesawat, Government Aircraft Factories (GAF) dan Jabatan Pengangkutan (DOT) Australia.
Menurut laporan itu, Sabah Air telah mengemukakan deraf manual pada penghujung 1975, namun tidak pernah mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (CAD) ketika itu.
“Sabah Air telah mengemukakan, seperti yang diwajibkan, kepada CAD deraf Manual Operasi … pada penghujung 1975.
“Ia tidak pernah diluluskan oleh CAD dan dalam hal ini, Sabah Air didapati beroperasi secara tidak sah,” menurut laporan itu.
Selain “pengoperasian lemah oleh Sabah Air”, siasatan itu juga mendapati terdapat kegagalan di pihak CAD untuk memenuhi sepenuhnya tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun, selari dengan dapatan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, siasatan oleh pihak Australia juga menunjukkan tiada unsur sabotaj, kebakaran atau letupan dalam tragedi itu, serta tiada bukti pesawat tersebut mengalami sebarang kerosakan.
“Pemeriksaan terperinci nahas pesawat oleh [R.] Williams menunjukkan tiada bukti berlaku kerosakan sebelum nahas atau kegagalan sebarang komponen atau struktur yang boleh menyebabkan pesawat terhempas,” memetik laporan itu.
Secara keseluruhannya, laporan itu menekankan kesilapan dalam membenarkan muatan pesawat melebihi had, khususnya di bahagian belakang pesawat.
“Pasukan siasatan kemalangan, GAF dan kakitangan DOT pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin, 14 Jun untuk melengkapkan laporan awal bagi Menteri Persekutuan mengemukakannya kepada mesyuarat Kabinet pada Rabu, 16 Jun.
“Laporan ini tidak dikemukakan kepada kakitangan GAF, namun kandungannya dilihat dan sebahagian laporan itu menyatakan bahawa kemalangan berpunca daripada tindakan juruterbang membenarkan pesawat dimuatkan melebihi had CG [center of gravity] di ekor pesawat dan akibatnya hilang kawalan [pesawat] dan terhempas ketika hampir mendarat,” menurut laporan itu.
Dalam tragedi yang dikenali sebagai Double Six, sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad N-22B kendalian Sabah Air yang berlepas dari Labuan terhempas di kawasan Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah.
Antara yang terkorban dalam nahas itu termasuk Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thien Vun dan Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong.
Nailah Huda
Wed Apr 26 2023

Menurut laporan tribunal oleh kerajaan Australia, manual operasi yang dikemukakan oleh Sabah Air pada 1975 tidak mendapat kelulusan oleh Jabatan Penerbangan Awam. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tragedi Double Six: Sabah Air beroperasi tanpa kelulusan - Laporan Australia
Sabah Air, syarikat pengendali pesawat Nomad N-22B yang terhempas dalam tragedi Double Six pada 6 Jun 1975 didapati beroperasi secara tidak sah, menurut laporan tribunal Australia.

Nahas Sabah Air: Pendedahan dibuat mengikut apa yang dilaporkan - Anthony Loke
Pendedahan bagi kes nahas Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 dibuat mengikut apa yang terkandung di dalam laporan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Laporan akhir nahas Sabah Air 1976: Ini fakta yang anda perlu tahu
Kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan laporan kemalangan pesawat Sabah Air pada 1976 itu yang dikenali sebagai "Tragedi Double Six".

Nahas Sabah Air: Tiada bukti sabotaj, letupan, kebakaran
Dokumen dengan 21 halaman itu memaparkan maklumat berkaitan tragedi berkenaan dengan perkataan TERBUKA dipaparkan di setiap halaman.

Tragedi Double Six: Laporan akhir nahas Sabah Air didedah minggu depan - PM
Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkan laporan akhir nahas Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah ketika itu.