SIMANGGANG:Enam mangsa kemalangan di Pangkalan Feri Triso yang beragama Islam akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.
Menurut pihak pengurusan jenazah, bapa mangsa, Hamzah Razali meminta jenazah anak-anaknya itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
Manakala tiga mangsa yang beragama Kristian pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sibu.
Kesemua jenazah akan dikebumikan selepas prosedur bedah siasat dan didokumentasi selesai.
Proses pengebumian dijangka dilaksanakan selepas jam 12 tengah hari, Sabtu.
Dalam insiden di Pangkalan Feri Triso semalam, sembilan sekeluarga, termasuk bayi berusia empat bulan mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda mereka gagal dikawal dan meluru ke dalam sungai, selepas feri yang hendak dinaiki penuh.
Menurut Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPK Sarawak, Supt Ismail Mahmood, kesemua mayat kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin untuk proses pengecaman, sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman sekitar jam 3.00 pagi.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Jan 02 2021

Kesemua jenazah akan dikebumikan selepas prosedur bedah siasat dan didokumentasi selesai. - Foto Facebook/Ngu Francis Bintulu
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.

Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok
Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menempatkan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap pangkalan feri di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran
Impian Fera Indah itu tidak kesampaian apabila Shuhada Mohamad Hamzah, 16, dan adiknya Khairunnisa Mohamad Hamzah, 14, bersama lima lagi ahli keluarga mereka meninggal dunia

Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.

Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia
Polis Daerah Sri Aman masih menunggu laporan kimia sebelum melengkapkan laporan kes kemalangan maut melibatkan sembilan sekeluarga di Pangkalan Feri Triso dekat Sebuyau pada Jumaat.

Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna
Namun, susuk tubuh Phang Wei Bing perlu cekal menerima ketentuan itu. Walaupun perit dan terseksa semuanya sudah terjadi.

Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda
Pengebumian tiga mangsa kemalangan kenderaan terjunam ke sungai di Pangkalan Jeti Triso di Batang Lupar akan disempurnakan pada Selasa, 5 Januari ini.

Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa
Saksi sanggup terjun menyelamatkan mangsa walaupun tahu sungai Batang Lupar banyak buaya.

Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad
Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.

Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.