LAHAD DATU: Enam orang dikhuatiri lemas, dua cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai dihanyutkan kepala air di Lembah Maksina, Makuau, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 malam.
"Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 minit malam melalui sistem 999 melibatkan sekumpulan hikers yang terperangkap di Sungai Maksina akibat banjir kilat ataupun kepala air.
“Seramai 11 orang anggota pasukan bomba termasuk ketua balai. bergegas menuju ke lokasi yang terletak sejauh 56 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa terdapat 17 orang peserta yang terlibat dalam aktiviti river trekking di Lembah Maksina,” kata beliau.
Menurut Sumsoa, tindakan awal bomba berjaya membawa. bawa keluar sembilan peserta dalam keadaan selamat pada tepat 12 tengah malam.
Beliau turut memaklumkan, operasi penyelamatan telah ditangguhkan pada jam 1:40 minit malam akibat cuaca yang gelap dan keadaan yang tidak mengizinkan atas faktor-faktor keselamatan dan operasi akan disambung seawal jam 6 pagi ini.
Maklumat awal bomba mendapati sekumpulan 17 orang telah melakukan aktiviti river trekking sebelum terjadi banjir dan kepala air yang menyebabkan mereka terperangkap.
Ridzal Abdullah
Sun May 05 2024
Pasukan penyelamat Bomba dan Penyelamat Lahad Datu membantu memindahkan mangsa tragedi kepala air Lembah Maksina yang terselamat.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Tragedi kepala air: Jenazah tiga beradik dikebumi satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi SAR dipindahkan ke BBP Cheneh
Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok.
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.
Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah.
Tragedi kepala air: Pasukan SAR buat usungan dengan batang kayu
Anggota pasukan SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.
Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan
Operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM dan PGA selain turut dibantu orang awam.
Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye