KUALA LUMPUR: Tarikh 1 Mac 2013 akan terus tersimpan erat dalam tinta sejarah negara, sejarah hitam yang meruntun jiwa.
Tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu itu menyaksikan dua wira negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud maut angkara peluru tentera Kesultanan Sulu.
Sedekad berlalu, pengorbanan mereka dihargai menerusi persembahan pantomim istimewa dalam Istiadat Peringatan Hari Polis Ke-216 di Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagi waris mangsa, hanya perasaan terharu dan bangga menerjah hati tatkala melihat jasa bapa mereka dihargai sebegitu rupa.
BACA: Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216
Anak sulung kepada Koperal Sabarudin, Haziq Wahiduzzaman, 28, berkata perasaan terharu terus timbul kerana masih ada yang mengingati pengorbanan bapanya itu.
Dia antara waris yang menyertai pantomim itu dan dalam persembahan itu, dia dilihat menangis tanpa henti di sisi pelakon yang membawakan watak arwah bapanya.
Ketika ditanya, dia memberitahu ia adalah tangisan gembira kerana dapat menunaikan hasrat arwah yang mahu adik-adiknya menyambung pengajian ke universiti.
BACA: Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
“Setakat ini, anak-anaknya, dua dah habis ijazah termasuk saya, seorang baru masuk ijazah semalam.
“Dia jadi teringat dan itu kira tangisan gembira, dapat buat apa yang dia nak. Dapat apa yang dia nak, anak-anak belajar.
“Menangis sebab, gembira satu tapi sedih juga sebab dia tak dapat tengok benda tu,” katanya ketika ditemui selepas selesai istiadat.
Perasaan sama turut dikongsi anak sulung kepada Inspektor Zulkifli, Mohd Norakmar Amiruddin, 15, yang mengakui rindu tapi masa sama, bangga dengan arwah bapanya.
Masih segar dalam ingatannya, pesanan terakhir arwah kepadanya yang turut bercita-cita untuk mengikut jejak langkah bapanya.
“Ayah kata ayah pergi kerja tapi dia beritahu yang jaga mak dan adik.
“Tapi bila saya balik sekolah, saya dapat tahu ayah saya dah tiada,” katanya.
Ibunya, Noor Aziah bt Noor, 38, terharu sepanjang menonton persembahan pantomim itu namun dia cuba sedaya upaya menahan sebak .
“Bila ditayangkan video arwah, dalam pantomim tadi…cerita sebenar Lahad Datu, saya berasa sedih tengok keadaan yang betul-betul dialami arwah untuk menjadi seorang pegawai polis.
“Pengorbanan yang dilakukan untuk anak-anak, saya berasa bangga dan syukur,” ujarnya.
Beliau juga berharap pihak berkenaan memberi bantuan kepada keluarganya terutamanya melibatkan pengajian anak-anaknya dari peringkat sekolah hingga ke universiti.
Ridauddin Daud
Mon Mar 20 2023
![Tragedi Lahad Datu: Tangisan gembira setelah berjaya penuhi hasrat arwah bapa Tragedi Lahad Datu: Tangisan gembira setelah berjaya penuhi hasrat arwah bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679299242_TBHARIPOLIS.jpg)
Mohd Norakmar Amiruddin (tengah) sebak ketika meletakkan Jalur Gemilang di atas badan pelakon yang membawakan watak arwah bapanya dalam pantomim itu. -Astro AWANI/Shahir Omar
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.
![Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734755721_TBlahaddatu.jpg)
Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Syarikat konsesi terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.
![Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733392385_kesbunuhpelajarv.jpg)
Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.
![Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733392385_kesbunuhpelajarv.jpg)
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.
![JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731596857_buaya.jpg)
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.
![Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730269182_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
![Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728259339_KemalanganMaut.jpg)
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
![Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694519415_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
![Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
![Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726821599_GajahPygmy.jpg)
Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.