KUALA LUMPUR: Tanggal 17 Julai 2024, genap sedekad tragedi hitam menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 apabila ia terhempas dari ketinggian 30,000 kaki di wilayah Ukraine selepas ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak di negara berkenaan.
Dalam kejadian menyayat hati itu, kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban iaitu 193 warganegara Belanda, Malaysia (43), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan masing-masing satu dari Kanada dan New Zealand.
Peristiwa menyayat hati dan mencetus kecaman pada peringkat antarabangsa itu sesungguhnya mengejutkan Malaysia yang ketika itu baru sahaja empat bulan melalui episod kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac, yang sehingga kini kekal menjadi misteri kepada sejarah penerbangan dunia.
Pesawat komersial MH17 berlepas pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat, 18 Julai.
Bagaimanapun, pada 10.15 malam (waktu Malaysia) MAS menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada waktu 1415 (GMT), pada kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Berita antarabangsa kemudian melaporkan penemuan bangkai pesawat berhampiran perkampungan Grobovo, Ukraine di wilayah dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Rusia dengan beberapa imej menunjukkan bangkai pesawat, mayat dan barangan peribadi bertaburan sejauh beberapa kilometer.
Berdasarkan laporan akhir nahas yang dikeluarkan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada 24 Mei 2018 selepas 15 bulan siasatan dijalankan, ia menyimpulkan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik tentera Rusia, BUK TELAR yang mengenai sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.
Namun, di sebalik pelbagai bukti ditemukan pasukan penyiasat, tiada pihak yang mahu membuka mulut mengaku membedil pesawat berkenaan, tetapi demi menuntut keadilan buat mangsa dan keluarga mereka, Malaysia dan beberapa negara terlibat telah berusaha sehabis baik untuk membawa dalang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Hal ini termasuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka dan pada Jun 2019, tiga rakyat Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, serta seorang rakyat Ukraine Leonid Kharchenko akhirnya didakwa secara in absentia di Mahkamah Daerah The Hague atas pertuduhan membunuh.
Pada 17 Nov 2022, mahkamah itu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Girkin, Dubinsky dan Kharchenko selepas didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh, manakala Pulatov dilepaskan atas pertuduhan sama.
Tiga tertuduh itu juga diperintahkan membayar pampasan lebih 16 juta Euro (RM75.26 juta) kepada keluarga mangsa.
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
"Ini jelas daripada gambar jejak asap di langit, kenyataan seorang saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas dan data tiang penghantaran, gambar dan video mengenai seunit BUK TELAR sedang diangkut dan dipunggah," menurut penghakiman itu.
Sementara itu, pada 15 Julai lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Malaysia tetap teguh dan komited untuk meneruskan tindakan undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi pesawat MH17.
"Ya, memang dari segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata walaupun mereka telah disabitkan atas kesalahan itu, namun hukuman terhadap mereka masih tidak dapat dilaksanakan.
"Walaupun mereka telah disabitkan, langkah-langkah untuk membawa mereka kepada hukuman fizikal nampaknya tiada kemajuan yang jitu.
"Perkara ini merunsingkan pihak keluarga mangsa yang setiap tahun inginkan keadilan untuk ahli keluarga mereka," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya jaminan kerajaan untuk terus menuntut keadilan kepada mangsa terlibat akan memberi kelegaaan kepada keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Dalam kejadian menyayat hati itu, kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban. -Gambar fail/Reuters
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721252554_DickSchoof.jpg)
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640152013_mhairline.jpg)
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
![Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721043316_tbAnthonyLokeCom.jpg)
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
![Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.