BACHOK: Seorang lelaki ditemui lemas manakala dua lagi termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun hilang dihanyutkan ombak di Pantai Kandis, di sini, pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mayat Mohd Sahudin Mat Shaah, 46, ditemui jam 7.19 malam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat.
Katanya, dua lagi yang masih hilang dikenali sebagai Junai Rohafizan Juhari, 35, dan Mohd Aman Firas Aman Shah, 12.
Beliau berkata, terdahulu Mohd Sahudin yang berkelah bersama keluarga dan jiran di pantai itu telah menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun daripada lemas.
"Pada waktu sama, rakan anak lelakinya iaitu Mohd Aman juga hampir lemas. Mohd Sahudin kemudian sekali lagi terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya.
"Kemudian Junai Rohafizan Juhari, 35, yang berada di kawasan itu cuba membantu dan masuk ke dalam air. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka kemudian dihanyutkan ombak," katanya di sini, pada Ahad malam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Yus Heary Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang mengenai kejadian itu.
Beliau berkata seramai 15 anggota bomba dari BBP Bachok dan BBP Tok Bali telah dikejarkan ke lokasi kejadian
"Anggota bomba menemukan mangsa pertama pada jam 7.19 malam. Ketika kini usaha dilakukan untuk mencari dua lagi mangsa pada jarak 120 meter dari pesisir pantai di sepanjang Pantai Kandis sehingga Pantai Tok Bali," katanya.
Vivi Sumanti
Sun Mar 28 2021
![Tragedi perkelahan: Seorang lemas, dua lagi masih hilang di Pantai Kandis Tragedi perkelahan: Seorang lemas, dua lagi masih hilang di Pantai Kandis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616948755_Lemas.jpg)
Mayat Mohd Sahudin Mat Shaah, 46, ditemui jam 7.19 malam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat. - Gambar Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708650559_TBLemas.jpg)
Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738338062_PantaiKandisLemas.jpg)
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
![Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738229568_APMPortDIckson.jpg)
Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.
![Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735655349_lemas.jpg)
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
![Lelaki jatuh bot di Rompin ditemukan lemas Lelaki jatuh bot di Rompin ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737960853_tbujianbotlemas.jpg)
Lelaki jatuh bot di Rompin ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.
![Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737875766_tbOrangAslihilang.jpg)
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
![Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737511258_tbLemasPantaiBayu.jpg)
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
![Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677689683_DROWNING.jpg)
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.