PORT DICKSON: Polis menahan lima individu selepas seorang rakan mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lemas dalam kejadian di kolam renang dekat sebuah hotel di sini pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang mengatakan rakannya lemas di lokasi.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 38 tahun juga OKU iaitu lumpuh separuh badan datang bersama lima rakannya dari Subang Jaya, Selangor ke daerah ini untuk menyambut ulang tahun kelahiran dan menginap di sebuah hotel sejak Khamis lalu.
"Mangsa mandi di kolam tersebut pada jam 2 pagi Sabtu bersama rakannya dan aktiviti tersebut telah disedari oleh pihak hotel sebelum melarang mereka untuk terus mandi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati mangsa telah berenang bersama rakannya sebelum kejadian itu.
"Dia disahkan mati pada jam 4.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital yang dibawa menaiki ambulans. Hasil bedah siasat yang dijalankan pada hari ini jam 9.30 pagi mendapati punca kematiannya adalah disebabkan lemas.
"Motif (dan punca) kejadian masih dalam siasatan dan tangkapan telah dibuat ke atas dua lelaki dan tiga perempuan tempatan yang berumur 31 hingga 36 tahun.
"Semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik, manakala hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kelima-lima suspek dapati positif dadah jenis THC," katanya.
Katanya, kesemua suspek telah dibawa reman ke Mahkamah Seremban pada Ahad dan tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari di lokap Balai Polis Port Dickson.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 14 2024

Siasatan lanjut mendapati mangsa telah berenang bersama rakannya sebelum lemas. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

Persaraan ini hadiah istimewa sempena hari lahir saya - Mohd Zuki
Mohd Zuki sifatkan persaraannya sebagai Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam esok sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya.

Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan
Polis menahan lima individu selepas seorang rakan mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lemas dalam kejadian di kolam renang dekat sebuah hotel di sini pada awal pagi Sabtu.

Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.

Usia sudah 64 tahun namun hanya berpeluang rai ulang tahun 16 kali
Steven Foo Tzeh Chih, yang dilahirkan pada tarik unik iaitu 29 Feb, hanya berpeluang menyambut hari jadinya empat tahun sekali susulan fenomena tahun lompat.

Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.

Ka Siong ucap 'Selamat Hari Lahir ke-70' kepada Najib
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mengambil peluang mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi lama Facebook miliknya.

Keluarga diraja Britain kongsi gambar baharu Putera Louis
Gambar itu dikongsi kedua ibu bapanya iaitu pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales, Putera William dan Kate Middleton.

Google Malaysia rai hari lahir Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia, Kamn Ismail
Enjin carian terbesar dunia Google memberi penghargaan kepada Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia Allahyarham Datuk Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail menerusi Google Doodle.