PASIR GUDANG: Ibu kepada murid prasekolah yang maut dilanggar van sekolah di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini pada Rabu berasa masih terngiang-ngiang di telinganya panggilan arwah anaknya itu setiap kali pulang dari sekolah.
Menurut ibu mangsa, Karmin Kahil, 39, sudah menjadi rutin bagi Nurhafizah Nuljin, 5, dan abangnya, Muhammad Afieq Miqhael, 6, memanggilnya selepas turun dari van sekolah dan ketika menghampiri pagar rumah pada jam 11 pagi setiap hari.
Namun dia hairan apabila pada Rabu kedua-dua anaknya itu tidak memanggilnya seperti biasa sebaliknya hanya mendengar panggilan pemandu van yang memintanya keluar rumah bagi melihat keadaan anaknya.
"Pemandu van berkenaan menyatakan sudah melanggar anak saya sambil berulang kali meminta maaf.
"Saya menjadi panik dan buntu seketika melihat keadaan anak hingga pada awalnya menjangkakan Nurhafizah dirempuh kenderaan lain.
"Pemandu van berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan (KKM) Masai," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.
Karmin berkata, Nurhafizah kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat di belakang leher juga terputus sebelum disahkan meninggal dunia.
"Mungkin dia terseret dalam kemalangan itu namun kami menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
"Saya tidak sangka kehilangan anak dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van berkenaan lebih berhati-hati," ujarnya.
Dalam kejadian pada jam 11.35 pagi itu, dua beradik terbabit turun dari van sekolah berkenaan yang dipandu seorang wanita berusia 50 tahun selepas tiba di hadapan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, pemandunya meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa turun dan melepasi belakang van sekolah terbabit serta beranggapan mangsa turut mengikutinya.
Beliau berkata, tiba-tiba semasa bergerak ke depan pemandu berkenaan terlanggar mangsa yang melalui hadapan van sekolah terbabit tanpa disedari sebelum kanak-kanak itu dikejarkan ke KKM Masai.
Dalam pada itu, Karmin yang merupakan suri rumah berkata, dia masih tidak dapat melupakan kejadian menyayat hati menimpa anak bongsu daripada tujuh cahaya matanya itu.
Menurut Karmin, arwah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula sejak tahun lalu dan kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2.
"Kejadian mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita kejadian yang meragut nyawa arwah," katanya.
Dia dan suami, Nuljin Delson, 41, yang merupakan juru kimpal reda dengan kejadian menimpa anak kesayangan itu dan mengakui sudah rindu terhadap arwah.
Katanya, baru-baru ini dia sempat membelikan baju baharu bagi arwah sempena Hari Raya Aidiladha dan anaknya itu kelihatan amat ceria.
"Dia pernah minta saya belikan tudung dan dia juga seorang yang rajin ke sekolah walaupun tidak sihat.
"Semalam wajahnya memang berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai di sini kira-kira jam 6 petang, semalam," katanya yang berasal dari Sabah dan sudah 20 tahun menetap di Johor.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 20 2024

Karmin (kiri) dan Muhammad Afieq menunjukkan foto Nurhafizah yang maut selepas dilanggar van sekolah di hadapan rumah mereka di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Khamis. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tragedi van sekolah: Pemandu rasa bahagian depan van terangkat
Pemandu van sekolah yang melanggar murid prasekolah di Bandar Seri Alam pada Rabu dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat selama sehari.

Tragedi van sekolah: 'Mungkin dia terseret dalam kemalangan itu'
Ibu kepada murid yang maut dilanggar van sekolah di Bandar Seri Alam berasa masih terngiang-ngiang di telinganya panggilan arwah anaknya itu.