KUALA LUMPUR :Pergerakan dari mukim, daerah dan negeri berstatus hijau ke lokasi lain yang juga zon hijau dibenarkan.
Itu antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam gelembung perjalanan domestik atau travel bubble untuk sektor pelancongan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelaksanaan gelembung perjalanan itu adalah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk melancong.
Begitupun, buat masa ini ia hanya melibatkan lokasi dalam Malaysia dan tidak melibatkan perjalanan ke luar negara.
“Niat kita ialah untuk memulihkan ekonomi supaya orang masih dapat bergerak, dapat pergi melancong, ekonomi dapat dikembangkan.
“Ini tujuan gunakan pakej peruntukan untuk tahun ini. Untuk bajet tahun depan, mungkin akan ada lebih dan ini adalah bajet untuk tahun ini bagi menggalakkan orang kita, pelancong tempatan untuk melancong domestik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Status Terkini Gelembung Perjalanan Pelancongan Domestik di sini pada Selasa.
BACA: Jangka rugi RM100 bilion, Travel Bubble beri nafas baharu pelancongan domestik
Berdasarkan SOP tersebut, pelancongan melibatkan keluar dan masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.
Kontak rapat dengan kes positif, individu yang dikenakan kuarantin rumah dan kuarantin wajib, baru kembali dari kawasan merah serta bergejala juga tidak dibenarkan untuk melancong.
Berikut antara SOP berkaitan travel bubble yang telah dipersetujui:
- Pergerakan dibenarkan dari Mukim / Daerah / Negeri berstatus hijau ke Mukim / Daerah / Negeri berstatus hijau sahaja sama ada di dalam Negeri PKPB yang sama (intra-state) atau merentas keluar ke / masuk dari Negeri PKPB / PKPP (inter-state) yang lain.
- Keluar / masuk kawasan PKPD tidak dibenarkan.
- Zon warna Mukim / Daerah / Negeri ditentukan oleh KKM dan disiarkan oleh MKN secara harian.
- Pelancong dari Mukim / Daerah / Negeri hijau menuju terus ke destinasi pelancongan hijau TANPA merentasi kawasan kuning, jingga dan merah dibenarkan bergerak TANPA kebenaran PDRM.
- Pelancong dari Mukim / Daerah / Negeri hijau menuju terus ke destinasi pelancongan hijau yang merentasi kawasan kuning, jingga dan merah WAJIB mendapatkan kebenaran PDRM.
- Permohonan kebenaran pergerakan sekeluarga dan kumpulan pelancong pakej pelancongan di bawah syarikat pelancongan sah berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya boleh dibuat secara pukal kepada pihak PDRM.
- Pengesahan pelancong berasal dari zon hijau perlu menunjukkan deklarasi tahap kesihatan risiko semasa berstatus low risk (risiko rendah) melalui applikasi Profil MySejahtera, bukti tempahan penginapan / tiket / pakej pelancongan, itinerari pelancongan atau apa-apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM.
Untuk SOP penuh, anda boleh dapatkan di laman web rasmi MOTAC dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ridauddin Daud
Mon Nov 23 2020

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelaksanaan gelembung perjalanan itu adalah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk melancong. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.