KUANTAN: Kayu balak bersaiz 'luar biasa' dibawa sebuah treler yang berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sebagaimana yang tular di laman sosial pada Ahad bukan dari hutan Pahang.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.
"Treler tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak dan semakan oleh pihak JPNP mendapati kenderaan berat bersama muatan itu adalah sepertimana yang diviralkan melalui akaun Facebook milik seorang aktivis alam sekitar.
“Bagaimanapun hasil semakan mendapati maklumat lori dan balak yang dibawa sama dengan butiran yang dinyatakan dalam pas pemindahan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu," jelas JPNP melalui satu kenyataan pada Isnin.
Melalui kenyataan itu, JPNP menghargai aduan berhubung perkara tersebut dan berharap ia disalurkan secara terus ke jabatan atau agensi kerajaan berkaitan termasuk JKNP agar tindakan lebih pantas dapat diambil.
"Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil demi menjaga serta memelihara khazanah hutan negeri," jelasnya.
Terdahulu, aktivis berkenaan memuat naik gambar lori yang membawa kayu balak besar yang sempat dirakam ketika berhenti di RNR Temerloh pada petang Ahad.
Berdasarkan keterangan gambar yang disertakan bersama gambar-gambar dikongsikan, beliau curiga dengan kayu balak itu yang disyaki dari hutan simpan dilindungi berdasarkan saiznya yang begitu besar.
Artikel asal di Sinar Harian: Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu
Sinar Harian
Mon May 24 2021
Treler membawa balak bersaiz luar biasa ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak setelah ia tular melalui laman sosial Facebook pada Ahad. -JPNP
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan, treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.