TUMPAT: Tren diesel multiple unit (DMU) yang dilancarkan pada Ahad bakal membawa pembaharuan serta merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata buat permulaan lima daripada 13 DMU akan memulakan operasi melibatkan jajaran Pantai Timur bagi sektor laluan Tumpat-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Lipis.
"Tren DMU bernilai RM380 juta ini jauh lebih baik daripada tren konvensional dari segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang.
"Perkhidmatan yang disediakan ini setara dengan negara maju membuktikan kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada kawasan Lembah Klang tetapi juga Pantai Timur," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di Stesen Pasir Mas, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor.
Terdahulu, Wee bersama rombongan meluangkan masa menaiki tren DMU berkenaan bermula dari Stesen Wakaf Bharu ke Stesen Pasir Mas.
Tren DMU diperkenalkan khusus bagi menggantikan perkhidmatan tren diesel konvensional KTM Intercity, mempunyai empat koc setiap unit memiliki 204 tempat duduk dilengkapi dengan fasiliti moden seperti skrin LED, soket kuasa, ruang solat, tandas, bistro dan ruang menyimpan barang bungkusan.
Tren ini juga mempunyai empat tempat duduk dan tandas untuk memenuhi keperluan penumpang Orang Kurang Upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021

Buat permulaan lima daripada 13 DMU akan memulakan operasi melibatkan jajaran Pantai Timur bagi sektor laluan Tumpat-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Lipis. - Gambar/ Facebook @KTM Berhad
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Laporan oleh RUM: MOT serahkan siasatan kepada polis
MOT ambil maklum laporan-laporan polis yang telah dibuat dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta akan menunggu hasil siasatan tersebut.

Tren baharu DMU bawa pembaharuan di Pantai Timur
Tren diesel multiple unit (DMU) yang dilancarkan hari ini bakal membawa pembaharuan serta merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di Pantai Timur.