KUALA LUMPUR: Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar daripada landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu mengakibatkan perkhidmatan komuter mengalami kelewatan bagi perjalanan dari Stesen Batu Caves menuju ke Stesen Sungai Gadut, dan sebaliknya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan kakitangan mahupun orang awam dalam insiden itu.
Beliau berkata roda koc terakhir dan koc kedua terakhir tren itu telah terkeluar dari landasan menyebabkan laluan tren komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terhalang sepenuhnya.
"Perkhidmatan KTM Komuter dan ETS laluan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya yang melalui laluan tersebut akan mengalami kelewatan ekoran insiden itu," katanya.
Menurut kenyataan itu, perkhidmatan tren komuter dari Sungai Gadut/Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Bangi manakala tren dari Stesen Batu Caves tamat di Stesen Kajang.
Sementara, prekhidmatan tren ETS akan ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan dipindahkan menaiki bas ke Stesen KL Sentral.
Bagi pengguna KTM komuter, KTMB memaklumkan pihaknya menyediakan bas perantara kepada penumpang terlibat dari Stesen Kajang ke Stesen Bangi dan sebaliknya, bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
KTMB juga sedang giat menjalankan kerja pengalihan gerabak ke lokasi lebih selamat dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu, menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau menerusi saluran media baharu KTMB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
![Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618241795_KTMKomuter.jpg)
Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar daripada landasan di KM421.168 berhampiran Stesen UKM petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
![Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809147_tbJacobMurphy.jpg)
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
![WCO permudah pelepasan kastam WCO permudah pelepasan kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738808802_TBAlmirulitaMohdYu.jpg)
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
![3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air 3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603106947_BEKALANAIR.jpg)
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
![Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738806994_tbbumbungHospital.jpg)
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738802700_tbUSANITAMoUUniv.jpg)
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
![Tren ditempah terlalu besar, pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan Tren ditempah terlalu besar, pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676955520_TrainTunnel.jpg)
Tren ditempah terlalu besar, pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan
Dua pegawai kanan pengangkutan Sepanyol meletak jawatan pada Isnin selepas 31 tren komuter yang ditempah didapati terlalu besar dan tidak muat melalui terowong.
![KTMB sedia perkhidmatan tren komuter 24 jam sempena Thaipusam KTMB sedia perkhidmatan tren komuter 24 jam sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674736101_TBLOGOKTMB.jpg)
KTMB sedia perkhidmatan tren komuter 24 jam sempena Thaipusam
KTMB sediakan perkhidmatan KTM komuter tambahan tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 4 Feb depan sempena sambutan Thaipusam.
![Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618241795_KTMKomuter.jpg)
Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan
Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar daripada landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi.