PUTRAJAYA: Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata trend dalam tempoh lima tahun itu tidak menyaksikan peningkatan kes orang hilang seperti didakwa di media sosial.
"Dari 2020 sampai Jun 2024, pola laporan polis terhadap insiden orang hilang ini ialah kekal dengan angka 900.
"Daripada kes orang hilang yang dilapor, peratusan yang ditemui (dijumpai semula) itu tinggi iaitu antara 85 hingga 90 peratus," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika mengulas penemuan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang di pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas, dijumpai selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor awal pagi tadi.
Beliau berkata komitmen KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jelas iaitu satu kes membabitkan orang hilang adalah perkara serius dan tindakan segera akan diambil.
Justeru, beliau berkata orang awam harus memainkan peranan dengan membuat aduan mengenai orang hilang kepada polis.
Saifuddin Nasution berkata balai polis di seluruh negara boleh menerima aduan berkaitan orang hilang, dan kes yang dilapor di Petaling Jaya, Selangor misalnya tidak semestinya tidak boleh dilaporkan di Ipoh, Perak.
Beliau berkata apabila aduan diterima, polis akan membuat penyisihan untuk menentukan sama ada kes tersebut melibatkan kategori kanak-kanak di bawah 18 tahun, elemen jenayah, orang diplomatik, atau kepentingan ekonomi.
"Sekiranya ada elemen jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah akan membuka fail manakala Jabatan Pengurusan mengambil kes tidak membabitkan elemen jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. - Foto Bernama

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution
Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini.