SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli melancarkan Lagu Identiti Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini malam tadi sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-74 baru-baru ini.
Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 9 malam itu diiringi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan anakanda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata Lagu Identiti Negeri Sembilan merupakan projek kerajaan negeri bagi memastikan Negeri Sembilan mempunyai satu identiti khas dalam bentuk lagu sekali gus mengangkat keunikan negeri yang kaya dengan budayanya tersendiri.
Beliau berkata projek dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan itu dicetuskan Tuanku Muhriz pada penghujung 2019, dengan Tunku Zain merupakan penasihat kehormat bagi pelaksanaan dan penghasilan projek lagu berkenaan.
"Melalui penghasilan album ini, kerajaan negeri berharap rakyat di negeri ini dan semua masyarakat dapat mengenali budaya, identiti serta kesenian Negeri Sembilan melalui lirik, susunan muzik dan keharmonian yang wujud melalui dendangan lagu tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran.
Projek Lagu Identiti itu merupakan rakaman dan nyanyian semula sebuah lagu asal dan penghasilan lima lagu baharu yang menonjolkan identiti Negeri Sembilan di bawah seliaan komposer terkenal Fauzi Marzuki manakala penulis lirik oleh Hairul Anuar Harun, Ito, Lokman Ghani (Lokgha), Mulyazi dan Waris.
Enam lagu itu ialah Lambaian Negeri yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, Orang Kito (Ito), Pepatah Pepitih (Ewal), Dirgahayu Yang di-Pertuan Besar (Fitri), Nogori (Waris) dan Moh Dogheh (Aishah).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

Tuanku Muhriz mencemar duli melancarkan Lagu Identiti Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-74 baru-baru ini. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Tuanku Muhriz titah bela nasib kanak-kanak terkait GISB di N. Sembilan - Aminuddin
Tuanku Muhriz turut mencadangkan kepada JKM negeri supaya kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang tidak diambil ibu bapa mereka supaya diberi perhatian sewajarnya.

Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.

Tolak elemen negatif bagi jamin kesejahteraan rakyat - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya masyarakat menolak elemen negatif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian.

Utamakan khidmat kepada rakyat berbanding kepentingan politik, peribadi - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan semua wakil rakyat yang memenangi pilihan raya negeri (PRN) supaya mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat berbanding kepentingan politik atau peribadi.

Tuanku Muhriz cadang PM tidak lagi terbabit lantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Pada masa kini, empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu dilantik oleh Perdana Menteri.

Tuanku Muhriz berkenan lancar lagu identiti Negeri Sembilan
Lagu Identiti Negeri Sembilan merupakan projek kerajaan negeri bagi memastikan Negeri Sembilan mempunyai satu identiti khas dalam bentuk lagu.

Pakar pelbagai bidang harus rangka program khas pascabencana - Tuanku Muhriz
Baginda bertitah ini kerana bencana dan musibah yang melanda menyebabkan perubahan luar biasa berlaku secara mendadak.

Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi - Tuanku Muhriz
Baginda juga percaya Rukun Negara adalah penyelesaian holistik terhadap masalah yang dihadapi ketika ini dan menitahkan agar rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada prinsip tersebut.