TANJUNG MALIM: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini menzahirkan penghargaan kepada guru yang berupaya memenuhi tugas berat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah tanggungjawab itu disempurnakan walaupun dalam keadaan kurang peralatan, baik di pihak pengajar atau lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar yang mendiami kawasan akses Internet yang amat lemah dan terhad.
"Dalam semangat berpatah sayap, bertongkat paruh, para guru telah sedaya dan sebaik mungkin menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
"Para guru telah mempamerkan sifat istimewa yang luar biasa, sabar, tekun, gigih dan tabah," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-23 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Tuanku Zara bertitah cabaran yang dihadapi dan tekanan yang dialami guru ketika melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan pengalaman baharu dalam profesion keguruan yang sewajarnya dikodifikasikan.
Baginda bertitah sebagai sebuah universiti yang berkait langsung dalam bidang pendidikan dan profesion keguruan, UPSI hendaklah menunjukkan minat yang tinggi, sebaiknya melakukan kajian dan menyediakan laporan mengenai pengalaman yang dilalui oleh para guru ketika melaksanakan sistem PdPR.
"Kajian dan laporan hendaklah mengenal pasti aspek kelemahan dan kekurangan serta penambahbaikan yang boleh disarankan. Kajian dan laporan selanjutnya boleh dikemukakan sebagai maklum balas penting kepada kerajaan.
"Penemuan kajian mengenai PdPR hendaklah dijadikan pembuka mata kepada kerajaan dan profesion keguruan untuk menerokai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, praktikal dan realistik dalam suasana darurat dan di luar norma," titah baginda.
Sementara itu, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam ucapannya berkata Times Higher Education, World University Ranking 2022 telah mengiktiraf UPSI sebagai universiti 801 di dunia dan kelapan terbaik dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam di negara ini.
"UPSI juga berada di kedudukan 176 di dunia dalam subjek pendidikan berkedudukan 164 dalam Asia University Rankings buat kali pertama," katanya.
Seramai 6,606 graduan menerima ijazah dan diploma pada istiadat konvokesyen berkenaan yang berlangsung lapan hari bermula hari ini hingga 25 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. - Gambar fail BERNAMA
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.