Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tujuh suspek disyaki terlibat dalam kumpulan penganas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lima daripada mereka merupakan rakyat tempatan manakala dua lagi suspek terdiri daripada warga Filipina.
PDRM telah melancarkan operasi di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah antara 19 hingga 28 November lalu.
“Tangkapan pertama pada 19 November di Kelantan melibatkan seorang penjual madu berusia 28 tahun yang menerima arahan daripada ahli kumpulan Daish Syria, Akel Zainal untuk melancarkan serangan di Malaysia.
"Sehari kemudian, tangkapan kedua melibatkan lelaki tempatan berusia 52 tahun bekerja sebagai jurutera syarikat petroleum, terlibat menyalurkan dana RM14,000 kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi (rakyat Malaysia menyertai kumpulan Daish, Syria) pada 2016 dan 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan.
"Pada 21 November pula, seorang warga Filipina ditahan kerana (dia) adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dengan tiga siri penculikan di Selatan Filipina dan Sabah. Dia yang bekerja sebagai pekebun juga disenaraikan individu dikehendaki Esscom ((Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) bagi membantu kes jenayah Esszone (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah)," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, suspek keempat ditahan melibatkan seorang kakitangan sekolah memandu di Kelantan yang juga ditahan pada 21 November lalu kerana menerima arahan melancarkan serangan ke atas tempat ibadah bukan Islam dalam negara oleh kumpulan Daesh.
"Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pemandu van kilang di Kedah ditahan pada 22 November selepas disyaki menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas Sel Jamaah Ansharut Daulah (Jad), kumpulan pro-Daish di Indonesia yang terlibat dengan siri serangan di balai polis Jawa Tengah April tahun lalu.
"Tangkapan terakhir di Tenom Sabah melibatkan pasangan suami isteri berusia 48 dan 40 tahun. Suami seorang warga Filipina dan isteri warga tempatan terlibat dalam menyembunyikan maklumat kehadiran anggota kumpulan asing di Sabah," kata beliau lagi.
Katanya, suspek ditangkap di bawah kesalahan berkaitan dengan keganasan di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan dan disiasat di bawah Akta 747 Keselamatan Langkah-Langkah Khas.
Afiezy Azaman
Mon Dec 10 2018
![Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534808833_MohamadFuziHarun.jpg)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tujuh suspek ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
![Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740155208_RolandSagahWeeInn.jpg)
Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.
![Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740154544_TurkeyWeather.jpg)
Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.
![164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri 164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740155259_KelapaTua.jpg)
164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.
![46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD 46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740155323_PemerdaganganManusi.jpg)
46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.
![Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740126701_tbrubbleofbuilding.jpg)
Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
![Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573619816_TBUKAYS.jpg)
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
![Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534808833_MohamadFuziHarun.jpg)
Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas
PDRM telah melancarkan operasi di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah antara 19 hingga 28 November lalu.