PUTRAJAYA: Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata peruntukan RM450 juta untuk inisiatif penambahbaikan adalah untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan penumpang ekoran insiden perlanggaran tren LRT dalam terowong laluan Kelana Jaya pada 24 Mei tahun lalu.
"Daripada RM450 juta, sebanyak 80 peratus atau RM350 juta adalah untuk sistem pengesanan tren elektronik 'time-out' dan tren boleh dikesan dari jauh. Laluan Kelana Jaya menggunakan sistem lama dan ia adalah perkara utama diambil kira," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kemajuan pelaksanaan 23 inisiatif penambahbaikan untuk laluan Kelana Jaya oleh Prasarana Malaysia Bhd, di sini hari ini.
Selain itu, inisiatif jangka panjang juga melibatkan antaranya kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan pengawal pusat kawalan operasi (OCC dan hostler);
Melaksanakan kajian dan penilaian RAMS (kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan dan keselamatan) ke atas sistem tren dan aset Prasarana dan Rapid Rail serta memperkenalkan 'hot button' untuk mempermudahkan kawalan OCC ke atas tren semasa situasi kritikal.
Wee berkata daripada 23 inisiatif itu, sebanyak 16 inisiatif jangka pendek dan sederhana telah disiapkan sepenuhnya malah tiga lagi langkah penambahbaikan telah dilaksanakan.
Ia membabitkan pemasangan kamera litar tertutup di dalam OCC yang siap pada Julai 2021, meningkatkan tahap boleh lihat penanda sektor landasan dan pemasangan papan tanda di dalam terowong yang siap pada November 2021 dan menaik taraf sistem komunikasi radio kepada digital sepenuhnya yang akan bermula pada suku keempat tahun ini.
Insiden perlanggaran LRT Kelana Jaya berlaku pada 24 Mei tahun lalu apabila dua tren LRT bertembung di laluan Kelana Jaya di antara Stesen LRT Kampung Baru dengan Stesen LRT KLCC.
Kemalangan itu mengakibatkan 213 orang penumpang cedera, termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.
Kejadian itu adalah kemalangan pertama berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong (kanan) bercakap pada sidang media mengenai status 23 cadangan penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di kementeriannya hari ini. - Foto BERNAMA

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

MITRA lulus hampir RM100 juta laksana inisiatif perkasa masyarakat India - Ramanan
Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah meluluskan 14 inisiatif yang bernilai hampir RM100 juta tahun ini.

KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.

Pemberian tuala wanita percuma di Ibu Pejabat KKM untuk dapat maklum balas segera
Dr Zaliha berkata, inisiatif itu mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid.

Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee
Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahu

Hari Wanita 2022: Perdana Menteri umum enam inisiatif perkasa wanita
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan enam inisiatif bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa.

Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif
Inisiatif yang dilaksana mempunyai impak langsung kepada rakyat dari segi kualiti dan keselamatan pembinaan selaras motto KKR, iaitu Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.

KWSP lancar dua inisiatif ringankan beban kewangan majikan
Inisiatif-inisiatif itu adalah pengecualian caj lewat bayar caruman dan Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR).

Nilai sendiri berdasarkan fakta sama ada Malaysia berada di landasan yang betul - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menyeru rakyat agar yakin kepada beliau dan kementeriannya yang terus berusaha demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

KSM terus tambah baik inisiatif berkaitan buruh - Saravanan
KSM terus memberi perhatian terhadap isu perburuhan khususnya melibatkan pekerja asing selain melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap inisiatif sedia ada.