PUTRAJAYA: Sebanyak tujuh lokasi di sekitar Putrajaya akan ditutup mulai esok susulan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata tujuh lokasi terlibat adalah Jalan P5 menghala keluar dan masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil (Presint 5), Jalan Resam menghala keluar dan masuk Presint 11, Jalan P11J menghala keluar dan masuk Cyberjaya (Presint 11).
Turut ditutup Jalan P14 menghala keluar dan masuk Sungai Merab Bangi (Presint 14), Pintu Satu menghala keluar dan masuk Presint 14, Jalan P7A, Bulatan Putrajaya Sentral dan Jalan P5 menghala ke Dengkil (Presint 5).
"Penutupan jalan ini bertujuan untuk memastikan kenderaan keluar masuk ke Putrajaya dapat dikawal bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dan memudahkan kawalan pergerakan di sekatan jalan raya (SJR) yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau penutupan jalan menghala masuk Putrajaya dari Sungai Merab, di sini malam ini.
Beliau berkata penutupan jalan adalah perlu susulan Putrajaya merupakan laluan keluar masuk dari daerah Selangor antaranya Bangi, Puchong dan Sepang.
"Ia bukan untuk menyusahkan orang ramai tetapi mengekang perjalanan mereka supaya mengikut laluan SJR yang ditetapkan dengan surat kebenaran yang sah," katanya.
Mohd Fadzil berkata pemeriksaan ketat akan dilaksanakan di setiap SJR dan individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas akan diarah berpatah balik dan kompaun akan dikeluarkan kepada individu yang masih degil.
Selain itu, empat lokasi SJR sedia ada masih dikekalkan iaitu di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil (Presint 5), Pintu 2A Persiaran Utara menghala keluar ke Hospital Serdang (Presint 12) dan Pintu 3 Persiaran Utara menghala keluar ke Puchong (Presint 9).
Jelasnya, selain SJR statik yang sedia ada, dua pasukan 'Snap Check' yang bertugas secara bergerak juga ditubuhkan yang mana kedua-dua pasukan ini boleh digerakkan ke lokasi yang mempunyai aliran kenderaan yang banyak.
Menurut beliau jumlah kekuatan bagi pasukan tersebut terdiri daripada dua pegawai kanan dan 10 anggota.
"Lokasi Snap Check ini akan berubah-ubah mengikut kesesuaian bagi memastikan tiada pergerakan bebas keluar dan masuk di Putrajaya terutama di jalan pintas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini membuat penutupan sebanyak tujuh jalan di sekitar Putrajaya akan mulai 1 Jun ekoran pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh. - BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Tujuh lokasi sekitar Putrajaya ditutup untuk kawal pergerakan - Polis
Sebanyak tujuh lokasi di sekitar Putrajaya akan ditutup mulai esok susulan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.