KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka mengadakan sebarang perbincangan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, tujuh tahun lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan negara China dan Australia bagi merungkai misteri kehilangan pesawat malang Boeing 777-200 itu.
Tegas Ka Siong lagi, kerajaan juga menzahirkan komitmen untuk memastikan semua ahli keluarga dan waris mangsa terus mendapat perkembangan mengenai pencarian pesawat tersebut.
"Kami terbuka untuk sebarang perbincangan untuk meneruskan pencarian ini dengan kerjasama negara China dan Australia serta memastikan ahli mereka dan waris mangsa akan terus dimaklumkan sebarang perkembangan mengenai pesawat ini di masa hadapan," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video sempena tujuh tahun memperingati MH370, yang dikendalikan oleh Voice 370 iaitu organisasi waris MH370.
BACA: MH370: Genap tujuh tahun tragedi berlalu
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kerajaan Malaysia, Australia dan China juga tidak pernah berkira untuk mengeluarkan perbelanjaan dan sumber tenaga dalam usaha kolektif mencari MH370.
Ia bertujuan memastikan semua pihak mendapat jawapan di sebalik kehilangan pesawat berkenaan.
"Tragedi malang yang menimpa MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia.
"Tujuh tahun insiden ini telah berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan. Hari ini kita bersama-sama memperingati pesawat berkenaan yang melibatkan 239 penumpang dan anak kapal.
"Kita akan terus menitipkan doa buat mereka dan juga mendoakan ahli kelaurga mangsa agar terus kuat menghadapi ujian ini. Kita sentiada bersama ahli keluarga dan waris-waris mangsa dalam menempuh ujian berat ini," ujar beliau lagi.
Pada 17 Januari 2017, ketiga-tiga negara telah mencapai kata sepakat untuk menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga terdapat maklumat dan petunjuk baharu yang sahih serta bukti kukuh.
Sementara, pada 22 Januari 2018, Ocean Infinity menyambung semula pencarian pesawat malang itu, dengan keluasan 25,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.
Namun, setelah keseluruhan pencarian seluas 112,000 km/persegi dilakukan, syarikat itu mengumumkan mengakhiri pencarian tersebut pada 29 Mei 2018, sehingga bukti baharu ditemukan.
BACA: 10 tanda tanya berkenaan kehilangan MH370
BACA: Berakhirnya kisah MH370
BACA: Retrospektif #MH370
Esok genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Seramai 227 penumpang, termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia, berada di dalam pesawat malang Boeing 777-200 itu.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 telah 'berakhir' di Lautan Hindi.
Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak selepas ia dihentikan pada Mei 2018.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 07 2021

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan China dan Australia bagi merungkai misteri kehilangan pesawat malang Boeing 777-200 itu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.

Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.

Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.

Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.