KOTA BHARU: Usianya sudah mencecah 92 tahun, namun Che Hamat Che Pa tetap bersemangat menyiapkan tempahan baju raya pelanggannya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Mesra dipanggil Ayahmat, pengusaha kedai jahit Harison Style itu mengakui dia berasa seakan tidak lengkap sekiranya tidak bersama 'jarum dan benang' dalam kehidupan sehariannya.
Malah, kata Che Hamat, dek kerana terlalu biasa menjahit dalam rutin hariannya, kadang kala dia demam jika ilmu menjahit yang dipelajari daripada arwah sepupunya Wan Ibrahim Che Abdullah tidak dipraktikkan sebaik-baiknya.
"Alhamdulillah, saya masih dikurniakan kesihatan yang baik selain tidak mempunyai sebarang penyakit. Cuma dua tahun lalu saya menjalani pembedahan untuk menukar manik di bahagian mata sebelah kiri namun tetap aktif bersama jarum dan benang," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Kubang Cherang, dekat sini hari ini.
Dia yang menceburi bidang jahitan sejak 73 tahun lepas, mahir menjahit baju melayu dengan kadar upah RM130, jubah lelaki (RM70), jubah perempuan (RM50) manakala baju kurung antara RM45 dan RM50.
"Arwah sepupu, Wan Ibrahim berpengalaman menjahit di Singapura dan Mesir malah pelanggannya juga terdiri daripada kerabat diraja," katanya, sambil memberitahu nama kedainya juga adalah bersempena nama anak ketiganya.
Walaupun kedai jahitnya kini beroperasi di rumahnya sejak 2019 serta agak jauh dari jalan utama, dia masih menerima tempahan daripada pelanggan tetapnya yang terdiri daripada penduduk setempat dan pelbagai daerah antaranya Kota Bharu dan Pasir Mas.
Bercerita lanjut, Che Hamat berkata sebelum ini, dia dibantu 10 pekerja dan isterinya, Zawahir Abdullah, 60, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelanggan tidak dapat datang ke kedainya sehingga menyukarkan proses mengukur baju disebabkan larangan merentas daerah.
"Memandangkan PKP dilaksanakan semula susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri ini, saya hanya menerima tempahan 30 pasang baju raya tahun ini berbanding lebih 100 pasang untuk raya tahun lepas.
"Namun ada sisi bagusnya, kerana saya mempunyai lebih banyak masa terluang dengan keluarga sekarang dan dalam sehari cukup hanya menjahit satu atau dua pasang sahaja berbanding sebelum ini sehingga tidak menang tangan," katanya yang mempunyai lima anak, 20 cucu serta 20 cicit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021

Ayahmat berasa seakan tidak lengkap sekiranya tidak bersama 'jarum dan benang' dalam kehidupan sehariannya. - Foto BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.

Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.

Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.

Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.

Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.

Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.