SHAH ALAM: Mana-mana tukang paip berlesen yang melakukan perbuatan jenayah berkaitan perkhidmatan air termasuk mencuri meter, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 124 (Mengganggu Meter atau Sub Meter) atau Seksyen 125 (Mengganggu Sistem Bekalan Air atau Sistem Pembetungan atau Sebahagian Daripada Sistem Itu).
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
"Sekiranya tukang paip tersebut merupakan tukang yang berdaftar dan memiliki Permit IPA Jenis A, SPAN boleh menggantung permit tukang paip yang terlibat sehinggalah keputusan kes siasatan diperolehi.
"SPAN memandang serius sebarang perbuatan sabotaj yang boleh menjejaskan perkhidmatan bekalan air termasuklah aktiviti mencuri peralatan air seperti meter air, apatah lagi oleh mereka yang terlibat dalam industri itu sendiri seperti tukang paip,"menurut SPAN dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis media melaporkan, polis menahan di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu yang disyaki terlibat dengan beberapa kes curi kepala paip dan meter air di belakang premis.
Suspek berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.30 petang, dan semasa ditahan polis turut menemukan meter air serta pelbagai peralatan membaiki paip bersama suspek.
Mengulas kes tersebut, SPAN juga telah memulakan siasatan terhadap kes tersebut untuk tindakan lanjut.
"Berdasarkan semakan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah merekodkan sejumlah 1202 kes kecurian meter di negeri tersebut dari tahun 2020 hingga 20 Januari 2022," menurut kenyataan itu.
Justeru SPAN memohon kerjasama orang awam untuk membantu memastikan peralatan bekalan air tidak disabotaj dan sekiranya terdapat sebarang perbuatan yang mencurigakan terhadap kemudahan air, segera laporkan kepada operator bekalan air atau kongsi maklumat dengan SPAN melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-3885000 atau e-mel ke [email protected].
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

Polis menahan seorang tukang paip di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab di sini yang disyaki terlibat dengan beberapa kes curi kepala paip dan meter air di belakang premis sekitar sini pada Rabu.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.