ALOR SETAR: Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa Khairul Hadi Abu Hassan, 39, lebih kurang 11.50 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan awal pihaknya mendapati sebelum kejadian itu mangsa bersama dua rakannya sedang menukar bumbung rumah berkenaan.
"Dalam kejadian ini, mangsa dari Tanjung Bendahara ini telah terkena renjatan elektrik. Sepasukan anggota bomba dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tiba di lokasi kejadian, membawa turun mangsa dari atas bumbung serta memutuskan bekalan elektrik.
"Sementara itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, HSB di sini untuk bedah siasat selepas selesai ujian saringan COVID-19 dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022

Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi. - Foto ihsan bomba/Sinar Harian

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.

Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.

Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.

Tukang rumah maut terkena renjatan elektrik
Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi.

Tukang rumah mengaku salah beri rasuah kepada polis
Wong Chee Ming membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa.

Tukang rumah didakwa menipu urusan beli tanah, LPS
Seorang tukang rumah dihadapkan ke dua Mahkamah Majisret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu berjumlah RM36,000 dalam urusan pembelian tanah dan permohonan lesen pendudukan sementara (LPS).

Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.

Wanita Rohingya ditemukan maut ditikam di Pasir Puteh
Mangsa, yang mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur 3 dan 4 tahun, dikenalinya sebagai seorang isteri yang baik hati dan berpindah ke tempat itu sejak dua bulan lepas.

Tukang rumah maut di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Seorang tukang rumah maut apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kenari tengah malam tadi.

SPRM tahan dua lelaki disyaki beri suapan kepada anggota polis
Lelaki pertama ditahan SPRM Cawangan Batu Pahat kerana memberi suapan sebanyak RM150 kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan di Balai Polis Pagoh, Muar.