KUALA SELANGOR: Pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini hari ini, tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan topi keledar baharu yang diagihkan secara percuma.
Sebanyak 1,000 topi keledar percuma disediakan di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengunjung terawal setiap hari sepanjang tempoh tiga hari program itu berlangsung bermula hari ini.
Orang ramai yang ingin membawa pulang topi keledar percuma itu perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran.
Pengunjung yang ditemui Bernama meluahkan rasa gembira selain memuji inisiatif yang diilhamkan Kerajaan Perpaduan yang disifatkan mereka sebagai amat membantu rakyat.
E.Subrayan, 80, berkata beliau yang menetap di Tanjung Karang, Selangor datang untuk menukar topi keledar percuma selain membeli barang keperluan yang dijual murah sempena program itu.
"Memang saya tunggu program ini datang ke kawasan kami untuk dapatkan helmet (topi keledar) percuma. Terima kasih kerajaan kerana bantu golongan B40 seperti kami.
"Program seperti ini kami harap dapat diperluaskan lagi ke setiap daerah terutama di kawasan luar bandar," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Nadzahar Cendana, 45, mencadangkan agar kerajaan mengagihkan topi keledar kanak-kanak pada program seumpama itu pada masa hadapan.
Beliau berkata proses penukaran dan tuntutan topi keledar percuma itu amat mudah dan cepat dengan lebih lima kaunter yang disediakan pihak JPJ.
"Hari ini datang memang nak tukar topi keledar baharu...saya cadangkan selepas ini kerajaan turut sediakan agihan atau penukaran topi keledar kanak-kanak juga," katanya.
Program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Pelbagai acara serta perkhidmatan menarik ditawarkan, selain menjadi platform terbaik untuk rakyat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Orang ramai yang ingin membawa pulang topi keledar percuma itu perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran. -Bernama
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Lebih 100,000 pengunjung meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Program MADANI Rakyat Zon Tengah merekodkan jumlah 127,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung, melepasi sasaran awal 100,000.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah: MetMalaysia ramal hujan di Kuala Selangor hari ini
Cuaca esok diramalkan mendung pada pagi manakala cuaca baik pada sebelah petang hingga malam.

Tukar topi keledar baharu di Program MADANI Rakyat
Orang ramai yang ingin membawa pulang topi keledar percuma itu perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijangka tarik 100,000 pengunjung
Sebanyak 34 unit reruai kementerian, agensi dan kerajaan negeri, 40 gerai jualan makanan dan 30 pengusaha agro serta barang basah disediakan.

Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini
Pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam.

Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.