TIOMAN: Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah kategori bangunan dan struktur.
Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Berjaya Tioman Resort di sini hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut.
"Beta harap tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung khususnya mereka yang minat dalam bidang selaman.
"Beta harap (dengan) terbinanya tukun ini, ekosistem marin di sekeliling Pulau Tioman akan bertambah baik dan beta juga mengalu-alukan banyak lagi usaha untuk merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini," titah baginda ketika merasmikan majlis berkenaan.
Baginda turut menzahirkan keinginan untuk menyelam di lokasi tukun LRT itu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.
"Beta sendiri akan cuba selam nanti sebab beta agak terpanggil selepas tengok video tadi dan ini akan kita buat satu lagi temu janji untuk berada di Pulau Tioman dalam masa terdekat, insya-Allah," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut menasihati pihak berwajib khususnya YASA dan Lembaga Pembangunan Tioman terus memantau gerabak LRT itu bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan selamat agar tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada penyelam.
Pengurus Besar YASA Mohd Fakhrul Islam Juhali pula berkata usaha melabuhkan dua gerabak LRT itu melibatkan 60 penyelam diketuai Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Beliau berkata objektif utama program itu ialah memperkenal terumbu baharu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.
"Tapak ini direncanakan dapat meningkatkan kelestarian biodiversiti marin dengan menyediakan kawasan pembiakan ikan dan hidupan marin lain.
"Kita juga berharap tapak selaman ini dapat meningkatkan ekonomi tempatan dengan menarik lebih ramai lagi pelancong ke Pulau Tioman," katanya.
Beliau berkata Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi program itu kerana kekayaan persekitaran marin dan kepentingan strategiknya sebagai destinasi pelancongan utama di Pahang.
"Pulau ini merupakan pulau terbesar dalam kumpulan sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tioman.
"Antara aktiviti yang popular di pulau ini ialah snorkeling dan selam skuba kerana terumbu karangnya selain menjadi laluan pendakian yang membawa pelawat ke air terjun yang cukup menakjubkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Objektif utama program itu ialah memperkenal terumbu baharu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah. - Gambar/ Bernama

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Sarawak pasang tukun tiruan terpanjang, pelihara ekonomi komuniti maritim
Projek yang dilaksana ini bakal memacu ekonomi perikanan Sarawak serta menjaga perairan negeri itu daripada diceroboh pukat tunda haram.