SERDANG: Seorang penganggur ditahan selepas memandu kereta menggunakan siren secara melulu dalam kejadian di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri kira-kira jam 4 petang pada Rabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan mengaku memandu kereta Proton Saga yang menggunakan siren terbabit.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu tinggal di Nilai, Negeri Sembilan dan telah meminjam kereta terbabit daripada rakannya di Port Dickson.
"Dia meminjam kereta berkenaan kerana mendakwa ada hal kecemasan membabitkan keluarga dan dipercayai itu hanya alasannya.
"Kereta terbabit adalah milik ibu kepada rakannya yang berusia 65 tahun dan juga seorang peniaga di Port Dickson," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, keterangan semua pihak terbabit sudah diambil dan pemandu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, Proton Saga itu telah dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan polis sedang mengesan pemandu terbabit yang menggunakan siren dan dipandu secara berbahaya di lokasi berkenaan.
Kejadian itu telah tular menerusi satu rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu secara melulu dengan mencelah kenderaan lain. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023

Tular rakaman video menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu sambil membunyikan siren pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tular: Alasan guna siren konon ada kecemasan
Seorang penganggur ditahan selepas memandu kereta menggunakan siren secara melulu dalam kejadian di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini Isnin lalu.

Agong dahulukan rakyat, beri laluan kepada ambulans
Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang ini.

Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan
Burung tersebut meniru bunyi siren kenderaan kecemasan iaitu seperti bunyi jentera bomba.