SEGAMAT: Kejadian kes khianat simbah cat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini yang tular di media sosial hari ini ialah kes lama yang disebarkan semula di sebuah laman portal.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kes berkenaan berlaku di tembok pagar kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat di Kilometer 187.5 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pada 11.45 malam 4 Feb lepas yang melibatkan seorang suspek lelaki tempatan berusia 31 tahun.
"Hasil siasatan mendapati motif kejadian kerana suspek sering terdengar bisikan (disyaki halusinasi) menyatakan dia terlibat dengan kes dadah dan menjadi buruan polis. Akibat itu suspek menyasarkan IPD Segamat sebagai tanda protes.
"Bagaimanapun disebabkan kehadiran polis di pos pengawal IPD itu, suspek menukar sasaran kepada rumah Ketua Polis Daerah dengan menggunakan laluan yang sama dengan IPD Segamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada 5 Feb lepas suspek ditangkap di Taman Perling di sini selain satu tin cat serta beberapa barang kes lain yang digunakan semasa kejadian turut dirampas.
Ahmad Zamry berkata saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah namun berdasarkan semakan lelaki itu mempunyai dua rekod lampau kes khianat dan satu kes samun.
"Pada 6 Feb suspek dituduh di Mahkamah Majistret Segamat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas gagal membayar denda RM2,500.
"Suspek juga dikenakan perintah pengawasan di bawah Akta Pencegahan Jenayah di Mukim Lepar, Pekan, Pahang selama tempoh setahun bermula 6 Jun lepas," katanya.
Terdahulu, tular dua keping gambar di sebuah laman portal memaparkan tembok pagar kediaman Ketua Polis Daerah Segamat disimbah cat berwarna kuning.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat di Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat disimbah cat merupakan kejadian lama yang tular semula. -Foto Sinar Harian
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Juruelektrik didakwa tumbuk cermin kereta, cederakan lelaki
Mohd Hafiz Abidin, 38, didakwa melakukan khianat dengan menumbuk cermin hadapan kereta jenis Honda BRV dimiliki seorang lelaki berumur 54 tahun.

Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.

Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.

Pengawal ditahan, rosakkan cermin kereta jiran sebab bising
Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta milik jirannya di rumah kedai di Pandan Indah pada Sabtu lalu.

Lelaki ditahan tendang pintu surau hingga rosak
Suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat.

Polis kesan Logeswaran bantu siasatan kebakaran gudang pakaian
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes khianat melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, yang membabitkan kerugian melebihi RM1 juta.

Dua lelaki ditahan bantu siasat kes dua jengkaut terbakar
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes video tular dua jengkaut terbakar di tapak projek pemasangan paip gas di tepi Jalan Sri Cheeding di sini, pada Selasa.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh
Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.