DUA hari lalu, figura yang pernah tular di media sosial tahun lepas kembali mencetuskan kemarahan ramai apabila didakwa dilihat memukul anjing peliharaannya dengan ganas dan tidak menampilkan sifat perikemanusiaan.
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.
Susulan kejadian, aktivis haiwan, Shima Aris tampil ke lokasi dan berjaya memujuk lelaki itu menyerahkan anjing terbabit untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.
Menerusi hantaran di Instagram, pengendali akaun @myforeverdoggo berkata, anjing tersebut yang diberi nama Kitster kini berada dalam jagaan sebuah klinik haiwan.
“Pemeriksaan jelas mendapati haiwan malang itu berada dalam ketakutan dan dilanda trauma yang amat dalam.
“Pendera juga mengaku, ini bukan kali pertama Kitster dibelasah,” katanya.
Pengendali akaun itu bagaimanapun berkata, Kitster bakal diserahkan kembali kepada pemiliknya selepas lelaki berkenaan membuat laporan polis dan mendakwa anjing miliknya telah dicuri.
“Shima sekarang perlu menyerahkan Kitster kembali kepada pemiliknya atau kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV).
“Jika pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui pada Kitster, hanya pemilik haiwan itu berhak menuntut anjing itu,” katanya kecewa. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Jul 03 2024

Aktivis haiwan berjaya memujuk lelaki itu menyerahkan anjing terbabit untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat. - Gambar/ Stadium Astro
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.

Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.

Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.

Polis siasat kes tular dera anjing
Video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook pada Sabtu.

Warga emas didakwa dera anjing
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mendera seekor anjing dengan kejam bulan lalu.

Polis siasat dua kejadian dera anjing
Laporan pertama dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa ternampak perbuatan suspek melastik anjing liar di kawasan hadapan rumahnya.