PORT DICKSON: Polis menggesa individu yang terlibat dalam kejadian tular yang memaparkan seorang wanita menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak semasa di sebuah lampu Isyarat, di Batu 1 di sini tampil membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 33 saat pada Ahad jam 9.43 pagi yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Twitter berhubung kejadian tersebut.
" Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu Isyarat Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh Wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.
"Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung dengan Insiden yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan.
"Kami juga menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat ketenteraman awam.
"Penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik itu, pemilik akaun Twitter tersebut menyatakan "tak tahu apa yang berlaku, hope (harap) dipermudahkan segala urusan akak tu".
Kereta dalam video tersebut dilihat bergerak perlahan sebaik lampu isyarat bertukar hijau selepas ia dihalang oleh wanita berkenaan, bagaimanapun menyusur ke tepi jalan dan tiada maklumat lanjut mengenainya.
Ia kemudiannya mendapat 502,500 tontonan dengan 1,493 diulang ciap, dan 3,148 tanda suka malah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.
Salah seorang daripadanya menulis "Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Dugaan hari raya tu.. Semoga semuanya baik-baik saja,".
Seorang lagi pelayar turut berharap urusan wanita tersebut dipermudahkan.
"Moga dipermudahkan segala urusan mereka tapi yang musykil takde ke sapa-sapa yang sudi nak tolong tolakkan kereta tu sampai ke tepi jalan ngeri dowh akak tu main tahan gan perut kereta tu mau pecah lemak makan lemang ketupat rendang lontong kuih kacang," tulisnya dengan meletakkan emoji menangis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 23 2023

Tangkap layar video tular mengenai kejadian itu pada Ahad. - Foto Twitter

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.