KUCHING: Pemergian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat Sarawak dan negara.
Figura penting 'Bumi Kenyalang itu yang turut menerima gelaran sebagai bapa pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi ini, pada usia 87 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Menelusuri lembaran sejarah moden Sarawak, jika tidak membicarakan jasa dan pengorbanan Tun Abdul Taib, ia boleh diibaratkan umpama mengoyak atau mengasingkan sejumlah besar helaian muka surat dari sebuah buku yang tebal.
Tokoh penting itu merupakan watak utama yang menakhodai Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun dalam melayari cabaran tahun 80-an sehingga memasuki abad ke-21.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib menerima pendidikan rendah di Sekolah St. Joseph di Miri sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph di Kuching.
Allahyarham kemudiannya menerima biasiswa (New Colombo Plan Scholarship) untuk mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide di Australia, sebelum kembali semula ke Sarawak.
Permulaan khidmat Abdul Taib selama 61 tahun dalam pentadbiran kerajaan serta gelanggang politik bertitik tolak apabila beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sarawak dalam Kabinet Negeri pertama yang diterajui Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan pada 1963.
Walaupun menganggotai Kabinet negeri pertama sewaktu baru berusia 27 tahun, Allahyarham telah menunjukkan sikap kesediaan serta kematangan beliau dalam menghadapi cabaran demi negeri kelahirannya Sarawak yang ketika awal penubuhannya berdepan ancaman komunis serta konfrontasi oleh negara jiran Indonesia.
Setelah berkhidmat selama beberapa tahun dalam kerajaan negeri, panggilan untuk berbakti di peringkat Persekutuan tiba apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1969.
Khidmatnya di peringkat Persekutuan memberi pendedahan besar buat dirinya apabila memegang pelbagai portfolio penting seperti Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Perancangan Am dan Penyelidikan Sosio Ekonomi (1974), Menteri Pertahanan (1978) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).
Bagai sirih pulang ke gagang, 1981 menjadi tahun penting buat Abdul Taib apabila meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri Sebandi.
Setelah menang tanpa bertanding dalam PRK tersebut, Allahyarham dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak sebelum menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981.
Selaku watak utama yang mengetuai kerajaan Sarawak selama 33 tahun, pelbagai agenda pembangunan diperkenalkan Abdul Taib dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri itu yang agak terbelakang ketika itu.
Antara usaha yang dilaksanakan Abdul Taib untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Sarawak ialah dengan penubuhan Zon Perindustrian di Samajaya, Demak Laut, Samalaju dan Tanjung Manis yang mewujudkan peluang pekerjaan buat penduduk tempatan.
Di bawah pentadbiran Allahyarham juga, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah ditubuhkan sebagai pemangkin pembangunan tenaga boleh baharu seperti tenaga hidro di negeri itu.
Loji hidroelektrik yang pertama Sarawak iaitu empangan Batang Ai yang berkuasa 108 megawatt (MW) telah beroperasi pada 1985, diikuti oleh Bakun (2,400MW) pada 2011 dan Murum (944MW) pada 2014.
Pentadbiran Abdul Taib turut menyaksikan penubuhan bahagian pentadbiran baharu seperti di Mukah, Betong dan Samarahan selain pembinaan Dewan Suarah di semua bandar utama di Sarawak untuk keperluan sosial masyarakat.
Selain aspek pembangunan fizikal, pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan Abdul Taib dalam memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan berkualiti serta berkemahiran tinggi.
Atas dasar itu, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swinburne kampus Sarawak, Universiti Curtin telah ditubuhkan selain memastikan Sarawak mempunyai universiti awam pertamanya dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Perjalanan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak berakhir apabila beliau meletak jawatan pada 28 Feb 2014 dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.
Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pada 1 Mac 2014.
Setelah hampir 10 tahun dalam jawatan itu, Abdul Taib telah digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Jan tahun ini.
Walau berdepan pelbagai sentimen terhadap legasi pentadbirannya, Abdul Taib terus menabur bakti terhadap tanah tumpah darahnya sehingga riwayat terakhirnya dan semua pengorbanannya itu telah diabadikan dalam lembaran sejarah moden Bumi Kenyalang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
![Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708478142_TunAbdulTaibMahmu.jpg)
Tokoh penting itu merupakan watak utama yang menakhodai Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. - Foto fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720795271_TBRaghad.jpg)
Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.
![Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708644573_TaibMahmud.jpg)
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
![Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708594892_TBTAIBMAHMUDjpg.jpg)
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
![Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708595158_TBTAIBMAHMUDj.jpg)
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
![Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708581174_TBIstiadatPenghorma.jpg)
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
![Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708478142_TunAbdulTaibMahmu.jpg)
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
![Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708568935_TBtaibmahmudj.jpg)
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
![Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708564623_TaibMahmud.jpg)
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
![Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708485458_TaibMahmud.jpg)
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
![Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708510981_TBTaibMahmud.jpg)
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.