KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, turut dilantik sebagai ahli majlis itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham, Raja Datuk Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, Datuk Nitin Nadkarni dan Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid.
"Turut dilantik ahli Majlis Penasihat AIAC itu ialah Tan Swee Im, Prof. Doug Jones AO (Australia), Dr. Hassan Arab (Emiriah Arab Bersatu), Monica Feria Tinta (United Kingdom), Khawar Qureshi QC (United Kingdom) dan Vyapak Desai (India)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Takiyuddin berkata, ahli majlis itu berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan bagi memperkukuh AIAC serta meningkatkan aktiviti pusat tersebut di samping membantu Pengarah AIAC, Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Beliau menjelaskan, pelantikan Ahli Majlis Penasihat AIAC dari dalam dan luar negara itu dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas individu berkenaan dalam industri Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di negara masing-masing.
Takiyuddin turut berharap AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia dengan pelantikan ahli Majlis Penasihat AIAC tersebut.
- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lepas. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Arifin Zakaria bersara sebagai Pengerusi Kumpulan PNB
PNB mengumumkan bahawa Tun Arifin Zakaria akan bersara sebagai pengerusi kumpulan dan pemegang amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berkuat kuasa 6 Mei 2023, selepas menamatkan tempoh dua tahun.

Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam
Beliau terus berlalu melalui pintu 2 tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media.

Tun Arifin tiba untuk menghadap YDP Agong
Bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menghadap Agong hari ini
Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC
AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia.

Mana wakil belia dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat? - MBM
MBM menegaskan keperluan untuk wakil belia menganggotai jawatankuasa tersebut terutama kerana golongan itu antara yang terkesan akibat darurat.

Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hakim dan peguam digalak menulis jurnal - Ketua Hakim Negara
Para hakim dan peguam digalakkan menulis jurnal atau laporan tahunan bagi mengembangkan prinsip undang-undang di negara ini, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Ketua Hakim Negara tidak berpuas hati dengan kualiti penghakiman Mahkamah Tinggi
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata beliau tidak berpuas hati dengan kualiti penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah-mahkamah Tinggi namun usaha telah dibuat bagi penambahbaikan.

Pengganti sudah dikenal pasti - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.