KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 25 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Beliau memberitahu, mereka adalah termasuk 16 individu yang berucap pada perhimpunan itu.
"Kita sudah menghubungi 22 individu setakat ini dan enam daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok (Isnin)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut Allaudeen memberitahu, antara enam individu yang akan memberi keterangan adalah Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin.
Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Pada Sabtu, sekumpulan peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks Sogo selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.
Perarakan diketuai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.
Tun Faisal bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis.
Sementara itu, semalam polis memaklumkan, himpunan berkenaan didapati tidak mematuhi undang-undang diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan 2012.
Umavathi Ramayah
Sun Sep 17 2023

Allaudeen berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 25 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu. - Foto fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tun Faisal, Dr Afif antara 25 individu dipanggil polis berhubung perhimpunan - Allaudeen
Polis membuka kertas siasatan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo pada Sabtu.