KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.
Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang memegang jawatan KPN selama 20 tahun sebelum bersara pada 16 Jan 1994.
Setahun selepas memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara, Mohammed Hanif mengasaskan unit antipengganas elit, Unit Tindakan Khas (UTK) pada 1 Jan 1975 serta mengambil bahagian dalam operasi menyelamat dalam krisis tebusan bangunan AIA pada Ogos, tahun sama.
Selain itu, antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.
Pada 8 Jun 1976, Mohammed Hanif mengumumkan semua rekrut polis akan berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan sebelum ditugaskan ke unit lain bagi memastikan semua anggota polis muda akan dapat menangani sebarang situasi kecemasan apabila mereka dilengkapi dengan latihan di dalam hutan.
Dilahirkan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan), Perak, Mohammed Hanif mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese, kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Mohammed Hanif meneruskan pengajian ke Universiti Malaya (UM) yang ketika itu bertempat di Singapura dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959, seterusnya menyambung dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang dari University of Buckingham di London.
Liku-liku kerjayanya bermula sebagai Penolong Kadet Penguasa Polis pada 8 Jun 1959 sebelum memegang beberapa jawatan tinggi antaranya dilantik sebagai Ketua Polis Melaka pada 7 Sept 1970 dan Ketua Polis Selangor pada 6 Dis 1971, seterusnya menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Feb 1973.
Jasa dan keringat yang dicurahkan Mohammed Hanif dalam pasukan polis dan menjaga keselamatan negara terutama melibatkan peristiwa penting negara akan sentiasa dikenang antaranya sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.
Antara peristiwa bersejarah lain ialah beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada Persidangan Manila berhubung dengan penubuhan MAPHILINDO pada 1963 dan beliau juga antara wakil kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Dis 1989 di Hat Yai, Thailand.
Tidak hanya mencurahkan bakti semasa dalam perkhidmatan, selepas bersara pada 15 Jan 1994, Mohammed Hanif juga dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2004 - 2005 dan figura tegas ini juga merupakan Penaung Yayasan Pengaman Malaysia serta Presiden Persatuan Diraja Asiatik Cawangan Malaysia (MBRAS).
Beliau turut terlibat secara aktif dalam dunia korporat apabila memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Maxis Communication Berhad dan Timbalan Pengerusi Genting Berhad dan Resort World Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.

KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.

Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.

Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan
Langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan rasuah.

Tun Hanif Omar akan fail tuntutan balas terhadap saman Lim Kit Siang
Mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan tuntutan balas dan penyataan pembelaan terhadap saman itu selewat-lewatnya pada 5 Dis ini.