Skip to main content

Malaysia

Tun Mahathir negatif COVID-19

41583241995_TunM.jpg
41583241995_TunM.jpg

Advertisement

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap jangkitan COVID-19.

Meskipun disahkan negatif, beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan tetap mematuhi protokol kuarantin selama 14 hari.

Menerusi laporan The Star, keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya pada Ahad.

"Ujian tersebut telah disahkan negatif, namun dia (Tun M) masih akan mengikuti protokol kuarantin  selama 14 hari," kata pembantunya.

BACA : Tun Mahathir kuarantin diri di rumah

Terdahulu, Tun Mahathir dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.

Beberapa hari lepas, Dr Mahathir juga memuat naik nasihat kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjangkiti orang lain.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Stay safe everyone. We will get through this together. #DudukRumah

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on


Must Watch Video

Advertisement