KUALA LUMPUR: Asas cukai perlu diperluaskan dengan melibatkan pelbagai golongan masyarakat termasuklah kepada golongan peniaga dalam talian serta pempengaruh media sosial atau 'influencer'.
Menurut Peguam Cukai, Ezmeer Zulkarnain, usaha untuk memantau dan menjejaki individu ini perlu dipergiatkan oleh pentadbir cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan mereka turut serta menyumbang pendapatan kepada negara.
"Asas cukai perlu diperluas kepada perniagaan dalam talian dan media sosial. Jika dilihat 'influencer' dan 'founder' (pengasas) produk ini secara meluas menunjukkan kemewahan, namun bukan semua daripada membayar cukai.
"Walaupun ada unit di LHDN yang memantau, namun usaha ini perlu dipergiatkan dan mereka sendiri patut ada kesedaran untuk membayar cukai kerana telah dapat pelbagai kemudahan dan inisiatif daripada kerajaan," katanya.
Bercakap dalam program Pantau Kos Sara Hidup, Percuakain Kondusif; Antara Pembangunan Negara dan Kewangan Rakyat di Astro AWANI pada Jumaat, Ezmeer juga menjelaskan, golongan ini juga wajar berkongsi dan memulangkan semula hasil pendapatan mereka kepada negara.
Ezmer yang juga Prinsipal di Tetuan Ezmeer Zulkarnain turut berharap, pentadbir mempergiatkan lagi inisiatif pendidikan cukai.
Beliau turut menggambarkan tahap literasi percukaian yang masih di tahap sederhana dalam kalangan masyarakat, sekali gus mencetus kepada ketidakpatuhan cukai oleh mereka.
"Tahap literasi cukai masih sederhana dan akhirnya ini diterjemah kepada sebuah ketidakpatuhan.
"Mungkin pentadbir cukai boleh lakukan beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap pemahaman masyarakat kepada cukai dengan melakukan program dalam kumpulan yang lebih kecil supaya tahap penyampaiannya lebih efektif," jelas beliau lagi.
Dalam masa sama, Ezmeer berharap pentadbir cukai seperti LHDN boleh mewujudkan satu aplikasi khusus untuk pembayar cukai memuat naik dokumen percukaian termasuk resit belian serta derma.
Ini, katanya, bagi memudahkan urusan dan proses untuk deklarasi cukai yang dilakukan sekali setahun bagi mengelak kehilangan dokumen berkenaan.
Hafizi Rosli
Fri May 12 2023

Asas cukai perlu diperluaskan dengan melibatkan pelbagai golongan masyarakat termasuklah kepada golongan peniaga dalam talian serta pempengaruh media sosial atau 'influencer', kata peguam Ezmeer Zulkarnaen.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja bagi lancarkan proses percukaian
Pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta).

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.

Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.

Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.