KUALA LUMPUR: Malaysia menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bagi menyatakan bantahan sekali gus menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini.
Dalam nota diplomatik itu, kerajaan Malaysia berkata ia 'secara jelas' menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.
Tindakan itu, katanya, jelas mengabaikan kedaulatan Malaysia yang tidak dapat dipertikaikan lagi ke atas Sabah.
Isu ini membawa impak besar bagi kedua-dua negara Asia Tenggara ini, termasuk implikasi ekonomi disebabkan oleh kekayaan sumber minyak dan gas di rantau tersebut.
Manila telah berusaha memperluaskan pelantar benuanya di wilayah Palawan Barat di Laut China Selatan.
Selain itu, Sabah secara geografinya adalah strategik untuk laluan maritim dan perairan wilayah.
SCMP melaporkan bahawa bantahan Malaysia itu dibuat sewaktu kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini ke atas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Manila.
Pertikaian melibatkan Sabah berlanjutan beberapa kali sebelum ini yang menyaksikan bukan hanya melibatkan penyerahan nota diplomatik, tetapi juga tindakan undang-undang dan pencerobohan bersenjata.
Pada 2023, Malaysia berjaya mengetepikan keputusan mahkamah timbang tara Paris berhubung berkait tuntutan waris Sultan Sulu dan berkemungkinan melihat pembatalan arahan bayaran pampasan kira-kira AS$15 bilion kepada kumpulan itu.
Mahkamah Rayuan Paris memutuskan Mahkamah Timbang Tara yang mengarahkan Malaysia membuat bayaran kepada kumpulan mendakwa waris Sultan Sulu itu tiada bidang kuasa dalam kes berkenaan.
Pertikaian tersebut berkait dengan tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Agensi
Fri Jul 05 2024

Kerajaan Malaysia berkata ia 'secara jelas' menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah. -Foto fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan
Kerajaan Malaysia menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.

MA63: Tuntutan Sabah demi kesejahteraan negara - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak munasabah: Ini sebabnya..
Sekiranya benar Filipina bertekad ingin menuntut Sabah, kenapa Perjanjian Kerjasama Anti-Penyeludupan pada tahun 1967 dimaterai di antara kedua-dua negara dahulu?

Tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menegaskan tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah.

Sabah dalam peta pasport Filipina, Wisma Putra tidak teragak-agak ambil tindakan tegas
Kerajaan mengharapkan pemimpin di peringkat negeri atau peringkat Persekutuan tidak mengeruhkan situasi demi kepentingan politik peribadi.