KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) menggesa pihak berkuasa menutup terus kelab Crackhouse Comedy yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.
Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi berkata, tindakan itu perlu diambil supaya menjadi iktibar kepada pemilik kelab-kelab komedi di seluruh negara agar lebih sensitif terhadap keharmonian agama dan bangsa dalam berjenaka.
Menurutnya, gesaan itu dibuat bukan berdasarkan satu video yang tular melibatkan seorang pelawak wanita yang membuka baju dalam persembahannya, malah pemilik kelab tersebut yang dikenali sebagai Rizal didakwa telah berulang kali memuat naik kandungan video jelik yang menghina dan menyindir komuniti di Malaysia.
"Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun, jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup.
"Bila ditutup, ianya menjadi iktibar kepada semua pemilik kelab 'stand-up comedy' supaya perkara begini tidak berlaku lagi," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pada Rabu.
Turut hadir, pengarah filem Syamsul Yusof, pelawak Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro, dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia sekitar jam 5 petang di IPD Brickfields untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab tersebut.
Mengulas lanjut Yusuf Azmi menegaskan, seandainya premis itu dibenarkan untuk terus beroperasi, pihaknya akan mengadakan mogok di hadapan kelab tersebut sehingga ia ditutup.
"Kalau kelab itu dibuka semula kita akan buat mogok di hadapan kedai sehingga ia ditutup.
"Kita buat ini demi agama, kita bukan handak pecahkan kedai itu, kita juga akan duduk mogok untuk menyatakan ketidakpuasan hati.
"Kita orang Islam ini banyak berbudi bicara kita tak suka bergaduh, kita tak suka berbahas. Tetapi, janganlah pijak kepala kita," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 13 2022

Yusuf menggesa penutupan kelab komedi kontroversial yang didakwa menghina agama dan bangsa. -Foto Sinar Harian

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Kes derhaka ibu: Dua beradik didakwa cedera ibu kandung
Dua beradik lelaki berkaitan kes 'derhaka ibu didakwa datas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya bulan lalu.

Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntuan palsu
Semboyan Malaysia berkata ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai.

Tutup kelab komedi hina Islam - Yusuf Azmi
Seandainya premis itu dibenarkan untuk terus beroperasi, pihaknya akan mengadakan mogok di hadapan kelab tersebut sehingga ia ditutup.

Aktivis PPIM buat dua laporan polis
Yusuf yang juga Pengurus Syarikat Risk Group Management and Consultancy itu berkata laporan polis dibuat terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu selepas disyaki terdapat elemen sabotaj.

Sindiket jual rumah: Jalankan siasatan menyeluruh, haramkan aktiviti - PPIM
Tindakan tegas itu perlu diambil bagi memastikan tiada lagi orang ramai yang bakal menjadi mangsa dengan sindiket penipuan perumahan.