KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, rekod sejarah pemerintahan beraja yang lengkap amat penting untuk membantu negeri mempertahankan kedaulatan sistem beraja khususnya dalam menentukan sempadan kuasa pemerintahan.
Baginda bertitah, untuk itu satu penyelidikan sejarah sedang dijalankan dan dijangka akan menemukan hasil dapatan berkaitan institusi pemerintahan beraja Negeri Sembilan sejak kewujudannya.
Titahnya, inisiatif kajian itu merupakan satu usaha yang tepat kerana masih belum ada pihak yang memulakan kajian sejarah pemerintahan beraja yang terperinci dan hasilnya nanti mampu menepis fakta-fakta sejarah kurang tepat.
“Mengetahui sejarah yang betul adalah penting kerana sejarah merupakan penghubung kita dengan masa lalu di samping menjadi panduan menghadapi masa depan.
“Oleh itu, merakam, mencatat, merekod dan menyimpan bahan sejarah secara tepat adalah satu disiplin yang perlu menjadi amalan semua pihak, terutamanya pihak berkuasa, institusi akademik dan komuniti pengkaji sejarah.
“Kaedah penyelidikan dan bahan penyelidikan meliputi manuskrip, dokumen perjanjian, surat-surat, laporan, memoir zaman Belanda dan British, serta penulisan terkini,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada hari terakhir Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, di sini pada Ahad.
Turut berangkat pada istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Dalam pada itu, baginda turut berharap hasil penyelidikan itu mampu mewujudkan sumber rujukan dan panduan bagi tatapan pentadbiran negeri dalam usaha menjaga kedaulatan dan keharmonian sejagat.
“Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan satu perbuatan yang menyalahi etika keilmuan dan intelek, kerana ia menafikan hak generasi akan datang untuk mengetahui perkara yang sebenar.
“Beta berharap hasil penyelidikan ini nanti akan wujud suatu sumber rujukan dan panduan bagi tatapan pentadbiran negeri khususnya, dalam usaha kita menjaga kedaulatan dan keharmonian sejagat di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa,” titah baginda.
Terdahulu, Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu dengan acara kemuncak Istiadat Menghadap Penghulu Luak Tanah Mengandung berlangsung hari ini.
Pada istiadat itu, Tuanku Muhriz turut melancarkan logo khas sempena Ulang Tahun ke-250 Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan
“Istiadat itu adalah lambang kemegahan pemerintahan beraja di Negeri Sembilan yang pada tahun ini sudah genap berusia 250 tahun,” titah baginda lagi.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Nov 19 2023

Tuanku Muhriz bertitah pada hari terakhir Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah pada Ahad. - Foto Astro AWANI

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan pengurniaan DBNS kepada bekas Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).

Tolak elemen negatif bagi jamin kesejahteraan rakyat - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya masyarakat menolak elemen negatif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian.

Ubah fakta sejarah, nafikan hak generasi akan datang - Tuanku Muhriz
Rekod sejarah pemerintahan beraja yang lengkap amat penting untuk membantu negeri mempertahankan kedaulatan sistem beraja.

PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 hari pertama selesai
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tamat pada pukul 11.40 pagi.

Sidang DUN Negeri Sembilan 3 September depan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka diadakan selama empat hari bermula 3 September depan.

Tuanku Muhriz nasihat rakyat Negeri Sembilan rai Aidilfitri secara sederhana
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya rakyat negeri ini meraikan sambutan Aidilfitri secara sederhana berikutan suasana ekonomi negara yang

Dr Noor Hisham dianugerah doktor falsafah UKM
Selain Dr Noor Hisham, turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kelestarian), Profesor Emeritus Dr Soontak Lee.

Negeri Sembilan benar solat Jumaat, Aidilfitri di masjid, surau terpilih
Pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini yang akan bermula esok hanya boleh dilakukan di masjid dan surau terpilih sahaja, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Mohamed Husein.