Jabatan Farmasi Cawangan Penguatkuasaan Kuala Lumpur hari ini membuat rampasan terbesar pelbagai jenama ubat perangsang dan peralatan seks bernilai RM1.25 juta dari sebuah premis kedai dua tingkat di
Jalan Pasar di sini.
Ketua Penguatkuasa di cawangan itu, Adnan Salimin berkata dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya menemui ubat perangsang dan peralatan seks berkenaan disimpan dalam tiga bilik manakala dua bilik lagi sudah dikosongkan.
Beliau memberitahu pemberita di tempat serbuan, barangan yang dirampas itu dipercayai untuk dijual kepada peniaga kaki lima di Jalan Pudu, Lorong Haji Taib, Bukit Bintang, Jalan Petaling dan kedai-kedai ubatan tradisional sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Menurutnya, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam serta risikan jabatan itu selama dua bulan.
Adnan menasihati orang ramai supaya tidak membeli ubat di kaki lima atau pasar malam memandangkan ia tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berbahaya kepada kesihatan.
Katanya, penggunaan ubat kesihatan lelaki atau perangsang seks yang mengandungi bahan 'sildenafil' dan 'tadalafi' tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit otot serta gangguan penglihatan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.
Bernama
Thu Jan 10 2013

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Jalan Pasar Bukit Mertajam terkenal dek Festival Hantu Lapar lebih 100 tahun
Tahun ini, perayaan itu bermula dari 4 Ogos hingga 2 September depan dengan hari kemuncaknya esok, iaitu hari ke-15 bulan hantu.

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes bunuh lelaki warga emas
Dua wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki tempatan berusia 70an.
Ubat peransang, peralatan seks dirampas
Jabatan Farmasi Cawangan Penguatkuasaan membuat rampasan terbesar pelbagai jenama ubat perangsang dan peralatan seks bernilai RM1.25 juta, di Jalan Pasar hari ini.