KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak stabil.
UIAM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan laporan media baru-baru ini mengenai perkara berkenaan adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana sebagai universiti awam, ia tidak dibenarkan membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan untuk tujuan perbelanjaan operasi.
"Pengurusan UIAM ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini," menurut kenyataan itu.
Menurut UAIM perkara itu dapat dibuktikan melalui hasil dapatan audit penyata kewangan oleh juruaudit bebas iaitu KPMG Malaysia yang telah memberi penarafan sijil bersih kepada universiti berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
Pada Rabu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 menyatakan bahawa kedudukan kewangan UIAM secara keseluruhannya kurang stabil kerana mencatatkan kurangan terkumpul sebanyak RM17.06 juta setakat 31 Dis 2022.
UIAM memaklumkan kurangan terkumpul itu disebabkan peruntukan besar untuk pelan manfaat persaraan kakitangan yang akan bersara wajib, selaras dengan kehendak Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS).
"Pada tahun kewangan berakhir 2022, sejumlah RM308.59 juta direkodkan sebagai komitmen keseluruhan bagi pelan manfaat persaraan tersebut," katanya.
Menurut UIAM pada awal pelaksanaan pembayaran ganjaran manfaat persaraan, pihak pengurusan berhasrat untuk tidak bergantung kepada geran khas kerajaan dan menggunakan sumber dalaman universiti bagi bayaran ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib.
Katanya sehingga tahun lepas, hampir RM100 juta telah dibayar kepada kakitangan UIAM yang bersara menggunakan sumber dalaman universiti berbeza dengan universiti awam lain yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen).
Berikutan peningkatan kadar inflasi, kenaikan gaji berperingkat sejak tahun 2012, serta pola umur kakitangan yang semakin meningkat (persaraan), komitmen bayaran tahunan institusi itu juga turut meningkat.
"Universiti membuat kajian dan mendapati sumber dalaman tidak lagi mencukupi untuk membiayai perbelanjaan ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib, maka pihak pengurusan telah mengemukakan kertas kerja kepada Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan tambahan tahunan," menurut UAIM.
UIAM dijangka membelanjakan purata RM24 juta mulai tahun kewangan 2024 dan ia akan meningkat selaras pengumuman awal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memperbaiki struktur gaji kakitangan awam yang baharu, pada penghujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
![UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588929687_Alquran.jpg)
Pengurusan UIAM mengesahkan bahawa tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini. - Gambar fail/FB IIUM
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
!['Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah 'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731969196_TBTunkuAzizah.jpg)
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
![Osman Bakar dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Osman Bakar dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726882513_MenteriPendidikanT.jpg)
Osman Bakar dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Tokoh pemikir Islam itu pernah disenaraikan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada 2009.
![UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588929687_Alquran.jpg)
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
![Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702260336_tunkuazizah.jpg)
Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM
Pelantikan semula Tunku Azizah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
![Samsudin Osman dilantik Presiden UIAM ke-9 Samsudin Osman dilantik Presiden UIAM ke-9](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656661410_TanSriSamsudinOsm.jpg)
Samsudin Osman dilantik Presiden UIAM ke-9
Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Presiden UIAM bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
![Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik Felow Kehormat di UIAM Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik Felow Kehormat di UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636110585_RasAdibaRadzi.jpg)
Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik Felow Kehormat di UIAM
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik sebagai Felow Kehormat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
![Alumni UIAM santuni mahasiswa terkesan COVID-19 Alumni UIAM santuni mahasiswa terkesan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620455964_uiaramadaniftar.jpg)
Alumni UIAM santuni mahasiswa terkesan COVID-19
Beberapa aktiviti dijalankan bagi membantu memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga sepanjang bulan Ramadan ini.
![Mayat tanpa kepala ditemui reput dalam banglo Mayat tanpa kepala ditemui reput dalam banglo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607332493_MAYATREPUTDALAMBA.jpg)
Mayat tanpa kepala ditemui reput dalam banglo
Mayat lelaki dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari itu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit.
![UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590575639_uiam.jpg)
UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa
Rektor UIAM Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak berkata ia adalah satu pengiktirafan besar buat universiti berkenaan dalam usaha melakukan transformasi institusi untuk kelestarian.
![COVID-19: UIA tangguh kelas 10 hari bermula hari ini COVID-19: UIA tangguh kelas 10 hari bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581557133_IIUM.jpg)
COVID-19: UIA tangguh kelas 10 hari bermula hari ini
Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus baharu COVID-19 dan mencegah sebarang jangkitan di universiti tersebut.