KUALA LUMPUR: Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud memaklumkan kemudahan termasuk fasiliti baharu di Klinik Psikologi Klinikal dan Kaunseling (KPKK), Klinik Audiologi dan Mobile Audiometric Booth (Kemudahan Pemeriksaan Pendengaran).
Jelas beliau, kemudahan baharu ini menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih komprehensif kepada komuniti.
“Program ini adalah usaha mendekatkan agensi pengajian tinggi dengan komuniti.
“Kita buat klinik bergerak, untuk ke beberapa kawasan komuniti, yang menarik adalah kewujudan sebuah klinik bergerak audiologi untuk mengesan masalah pendengaran di kalangan komuniti. Mungkin tidak ramai wujudkan program sebegini,” katanya.
Dalam masa sama, perkhidmatan klinik satelit SIHAT @ UKM turut diperkenalkan untuk melebarkan capaian perkhidmatan kesihatan di luar kampus UKM.
Tambah Mustapha, Kementeriannya akan terus melakukan pelbagai program seperti ini secara serentak supaya tiada jurang di antara komuniti dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT)
“Kita mahu pelajar didedahkan dengan program supaya ada semangat kesukarelawanan supaya dapat membina jati diri dan dapat menanamkan sifat ehsan kepada masyarakat di luar sana,”
Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan pertukaran surat niat (LOI) di antara FSK dan IHH Healthcare Malaysia Sdn Bhd untuk penubuhan Dementia Wellness Centre.
Pusat ini menyediakan sokongan dan perkhidmatan kepada individu berdepan masalah demensia serta memberi bantuan kepada keluarga dan penjaga.
Sementara itu, pertukaran memorandum persefahaman MoU antara FSK dan Hospital Islam Az Zahrah turut diadakan dalam usaha mengukuhkan kerjasama strategik kepakaran dan fasiliti.
Faida Rahim
Fri Jul 26 2024

Mustapha (tiga kiri) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Dr Abdul Halim Abdul Gafor (dua kiri). - Astro AWANI

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

UKM, Taaveekun jalin kerjasama pembangunan R&D ke arah pertanian lestari
UKM menerusi syarikat pemula inovasinya Pertanian Bersih Sdn Bhd (PBSB) menjalinkan kerjasama dengan syarikat baja terkenal Taavekun.

UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.

UKM lonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings
Kejayaan itu sekali gus meletakkan UKM kini di kedudukan kedua terbaik antara universiti awam dan universiti swasta di Malaysia.

Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak yakin untuk lulus dalam peperiksaan antara faktor peningkatan calon tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

4,286 pelajar baharu terpilih lanjut pengajian ke UKM
Sebanyak 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.

365 pelajar lepasan SPM ditawar program ASASIpintar UKM di PGPN
Seramai 365 pelajar lepasan SPM ditawarkan untuk mengikuti program pengajian prauniversiti ASASIpintar UKM di Pusat Genius@Pintar Negara (PGPN).

Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.